1 of 21

AHLI KUMPULAN :

  • NURUL QISTINA
  • NUR FADZILLAH
  • NUR VIANA

​

PUISI MODEN :

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

​

​

4 Ibnu Sina

2 of 21

KANDUNGAN

  1. MAKSUD RANGKAP
  2. TEMA
  3. PESOALAN
  4. BENTUK SAJAK
  5. GAYA BAHASA
  6. NILAI
  7. PENGAJARAN

​

3 of 21

Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga susahku

hidup menentang senja dan malam.

​

maksud:

Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan

bagi menyelesaikan segala masalahyang dihadapinya.

MAKSUD RANGKAP

4 of 21

Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onakdan enak

untukku merdekakan warga fikirku

mengelak hidup dikotak-katikkan.

​

maksud:

Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak dipermudahkan oleh orang lain.

​

MAKSUD RANGKAP

5 of 21

Dalam laut diriku

ombak gelora menampar pantai aman

untuk menguji amal dan iman.

​

maksud:

Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan

dengan pelbagai dugaan yang menguji

kesabaran dan keimanannya.

MAKSUD RANGKAP

6 of 21

Dalam gergasi diriku

terpedaya jua oleh permainan si kancil

namun sempat sedar dan beringat lagi.

​

maksud:

Penyajak yang merasakan dirinya hebat sering terpedaya dengan nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar

seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar

tidak terpedaya lagi.

​

MAKSUD RANGKAP

7 of 21

Dalam pentas diriku

aku berlatih menangkis angin

aku berlatih memunggah awan

menghayati skrip demi skrip

yang tak diduga klimaksnya.

​

maksud:

Penyajak sentiasa berusaha memperbaiki dirinya

dan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun

dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya

pada hari-hari yang akan datang.

​

MAKSUD RANGKAP

8 of 21

Dalam dewan diriku

aku tak cemas lagi

oleh kata yang mengekang

aku tak lemas lagi

oleh kata yang menyerang.

​

maksud:

Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang.

Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi

oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

MAKSUD RANGKAP

9 of 21

Apabila sibermerdeka sampai

ke rumah cabaranku

aku panggil diriku bermesyuarah

menyokong, berkecuali atau menentang

aku ambil keputusan

waktu itu aku kenal batas diri

untuk tidak mengulangi kekalahan.

​

maksud:

Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah

diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangan.

MAKSUD RANGKAP

10 of 21

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia

aku turun darinya menghadapi hidup nyata

peristiwa datang peristiwa pergi

bagai siang dan malam

dan sibermerdeka terus berkaca

terus mengalirkan arus ingatan

elakkan dirimu menjadi sia-sia

hamparkan dirimu dipersada tuhan.

​

maksud:

Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi

kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam

hidup penyajak berlaku dengan sangat pantas. Oleh itu, penyajak mesti

menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya

pembaca wajar mendekati Tuhan.

MAKSUD RANGKAP

11 of 21

​

KETABAHAN INSAN DALAM MENGHADAPI

DUGAAN HIDUP.

​

TEMA

12 of 21

1. PERSOALAN TENTANG KEPENTINGAN MERANCANG KEHIDUPAN

​

contoh:

-> Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai

perancangan yang akan dilakukan bagi

menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya.

​

PERSOALAN

13 of 21

2. PERSOALAN TENTANG KEGIGIHAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH.

​

contoh:

->Dalam pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara

untuk mengatasi masalahnya agar

dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

​

PERSOALAN

14 of 21

3. PERSOALAN TENTANG CARA MENJALANI HIDUP

DENGAN BERMANFAAT.

​

contoh:

->Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan

hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati

Tuhan.

​

PERSOALAN

15 of 21

->Terdiri daripada 8 rangkap.

->Terdiri daripada 3 hingga 6 patah perkataan dalam satu baris.

->Terdiri daripada 7 hingga 15 suku kata dalam satu baris.

->Rima akhir mempunyai bentuk bebas atau tidak terikat.

​

BENTUK SAJAK

16 of 21

sinkope-> yang tak diduga klimaksnya

​

hiperbola-> hidup menentang senja dan malam

​

personifikasi-> ombak gelora menampar pantai aman

​

repitisi-> menghayati skrip demi skrip

​

anafora-> aku berlatih dengan menangkis angin,

aku berlatih memunggah awan

​

metafora-> Dalam kebun diriku,

Dalam parlimen diriku

​

simile-> bagai siang memanggil malam

​

kata ganda-> Elakkan dirimu menjadi sia-sia

GAYA BAHASA

17 of 21

NILAI

CONTOH

rasional

Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

kegigihan

Penyajak cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

keinsafan

Penyajak sedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terpedaya lagi.

NILAI

18 of 21

KITA MESILAH INSAF APABILA MELAKUKAN KESALAHAN.

​

-> penyajak cepat tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agat tidak terpedaya lagi.

​

PENGAJARAN

19 of 21

KITA MESTILAH MEMILIKI PENDIRIAN.

​

-> Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah terpengaruh oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

PENGAJARAN

20 of 21

KITA MESTILAH SENTIASA MUHASABAH DIRI.

​

-> Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

​

​

PENGAJARAN

21 of 21

tamat

terima kasih <3