BAB 5 : �DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN�
TEKNIK MENULIS HASIL DAPATAN KAJIAN :
a) Demografi / Latar Belakang Responden *
b) Objektif 1
c) Objektif 2
Sistem penomboran:
5.1 Demografi responden
dan seterusnya…
5.2 JENIS-JENIS KRISIS AIR…
5.3 KESAN KRISIS BEKALAN AIR…
DLL…
Menyatakan data asas / nombor mutlak / peratusan / jadual / graf /carta / rajah ] **
[ Kekerapan, peratusan dan min persetujuan ]
3. SOKONG HASIL DAPATAN BORANG SOAL SELIDIK DENGAN DAPATAN TEMUBUAL, KEPUSTAKAAN & PEMERHATIAN **
[ ** JIKA KAEDAH INI DIGUNA UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YG SAMA.]
4. MESTI ADA SEKURANG-KURANG 3 – 4 KAJIAN LEPAS @ BAHAN RUJUKAN UNTUK MENYOKONG DAPATAN DALAM BAB INI
CONTOH PENULISAN PENGENALAN
Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan …. di Kuching, Sarawak. Ia merupakan analisis data terhadap tindak balas responden terhadap soalan daripada borang soal selidik dan maklumat yang diperolehi daripada informan melalui proses temu bual ( JIKA BERKAITAN) .
5.1 ) Analisis Latar Belakang / Demografi Responden
5.1.1 Analisis Jantina Responden
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan latar belakang responden berdasarkan jantina, iaitu ( pengguna yang menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber MBKS ) di Kuching, Sarawak. Berdasarkan Jadual 1, seramai 30 responden yang telah disoal selidik. Daripada Jadual 1 dan Rajah 1, seramai 15 orang responden merupakan pengguna lelaki bersamaan dengan 50% dan seramai 15 orang responden yang lain merupakan pengguna perempuan bersamaan dengan 50%. Hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua jumlah responden antara lelaki dan perempuan adalah sama rata.
5.2 Analisis Faktor-Faktor Yang Mendorong Penduduk Kampung A, Kuching, Sarawak Membuat Pembelian Secara Atas Talian.
Jadual 5 dan Rajah 5 menunjukkan faktor-faktor yang mendorong penduduk Kampung A di Kuching, Sarawak membuat pembelian secara atas talian. Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 5, faktor pertama yang mendorong penduduk Kampung A ialah [ urusan pembelian secara atas talian dapat dilaksanakan dengan mudah ] Seramai 16 orang responden bersamaan 53.33% menyatakan setuju manakala 6 orang responden bersamaan 20.00% menyatakan tidak setuju. Selebihnya, iaitu seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% menyatakan tidak pasti. Bagi min tahap kepuasan ini pula ialah 3.40, iaitu pada tahap yang tinggi. Maka, majoriti responden bersetuju setuju bahawa urusan yang mudah merupakan salah satu faktor yang mendorong pembelian secara atas talian. Hal ini amat ketara kerana pelanggan dapat membuat pembelian tanpa meninggalkan rumah. ** Mereka juga boleh membeli pada bila-bila masa sahaja seperti yang diakui oleh kesemua informen yang ditemubual.
Italic ** = ulasan pengkaji Bold = sokongan informen
Faktor yang kedua pula ialah urusan pembelian dapat dijalankan dengan cepat. Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 5, seramai 24 orang responden, iaitu sebanyak 80.00% menyatakan setuju manakala selebihnya 6 orang responden, iaitu sebanyak 20.00% menyatakan tidak setuju. Tiada responden yang menanda skala tidak pasti. Rumusannya, majoriti responden bersetuju bahawa faktor ini mendorong mereka membeli secara atas talian. Dapatan ini disokong oleh dua daripada tiga informen yang ditemubual. Malah mereka menyatakan sesetengah peniaga dapat menghantar barang pada hari yang sama jika berada di kawasan yang sama. Dapatan ini selari dengan laporan Berita Harian Online bertarikh 23 Mac 2019 yang melaporkan bahawa semakin ramai pengguna khasnya di bandar membeli secara atas talian kerana boleh mendapat barangan yang dipesan dengan segera tanpa membuang masa memilih barang di kedai.
Bold = sokongan informen rujukan = rujukan kepustakaan
Kesimpulannya, kesemua faktor yang dikemukakan dalam borang soal selidik mendapat persetujuan responden walaupun dalam kadar yang berbeza. Jelas menunjukkan, faktor kemudahan internet merupakan faktor yang paling tinggi dipersetujui oleh responden dan informen yang terdiri daripada penduduk Kampung A, Kuching Sarawak.
5.3 Analisis Soalan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembelian Secara Atas Talian Dalam Kalangan Penduduk Kampung A di Kuching, Sarawak.
�BAB 6 :� RUMUSAN / KESIMPULAN�
TEKNIK MENULIS RUMUSAN / KESIMPULAN KAJIAN
1. MERUMUS KESELURUHAN KAJIAN YANG DIBUAT
2. MENJURUS KEPADA DAPATAN UTAMA KESEMUA OBJEKTIF KAJIAN
TUJUAN KAJIAN
Tujuan pengkaji menjalankan kajian terhadap perkhidmatan Pusat Sumber MBKS di Kuching, Sarawak adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pengguna menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber MBKS dan tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan kemudahan Pusat Sumber MBKS. Pengkaji telah memilih MBKS sebagai lokasi kajian adalah kerana pengkaji mendapati tidak ada pengkaji yang mengkaji perpustakaan tersebut, malah pengkaji juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Pusat Sumber MBKS. MBKS terletak sekira-kiranya 13.1 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKAN
Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dalam kajian ini. Intrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji termasuklah borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Bagi kaedah soal selidik, seramai 30 orang responden dipilih secara rawak bertujuan untuk menjawab soal selidik. 3 orang pengguna perpustakaan ini dipilih sebagai informan dan ditemu bual bagi keadah temu bual. Data kajian dianalisis dan dipersembahkan secara kualitatif dan kuantitatif.
Proses kajian :
Proses penyelidikan ini telah mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk disiapkan. Semasa menjalani kajian ini, terdapat banyak pengalaman berguna yang diperolehi oleh penyelidik. Penyelidik mendapat bantuan daripada …semasa kajian kerana …bekerja / tinggal/ banyak kenalan.. di lokasi yang dipillih.
Cabaran / masalah yang dihadapi :
Sepanjang menjalankan kajian ini, penyelidik berhadapan dengan masalah mendapatkan kerjasama daripada sampel yang ingin dikaji. Hal ini kerana tidak semua pekerja di … yang sudi meluangkan masa dan bekerjasama untuk menjawab borang soal selidik. Mereka kelihatan sedang sibuk melakukan kerja @ tugas masing-masing semasa borang soal selidik diedarkan. Namun begitu, penyelidik tidak menghdapai sebarang masalah berhadapan dengan tiga orang informen yang ditemubual. Nampaknya, sampel lebih suka ditemubual berbanding mengisi borang soal selidik.
BATASAN KAJIAN:
Batasan dan halangan kajian ini ialah ia hanya melibatkan segelintir guru-guru/penduduk/pekerja dll sahaja iaitu seramai 30 orang guru daripada 200 orang guru yang mengajar di SMKBL. Selain itu, kajian ini hanya melibatkan guru-guru di SMKBL maka hasil kajian ini tidak sesuai untuk menggambarkan situasi di sekolah-sekolah lain khasnya bagi sekolah yang terletak di luar bandar yang berhadapan dengan masalah capaian internet.
Proses penyelidikan ini telah mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk disiapkan. Semasa menjalani kajian ini, terdapat masalah yang dihadapi oleh responden, sebagai contoh, responden enggan memberi kerjasama. Tambahan pula, kajian ini hanya melibatkan 30 orang responden dan juga terhad kepada pengguna Pusat Sumber MBKS sahaja.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa faktor dominan yang mendorong pengguna menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber MBKS adalah untuk menggunakan perkhidmatan WIFI, iaitu seramai 23 orang responden bersamaan 76.67% dan min persetujuan/ kepuasan adalah pada tahap 2.7 iaitu pada tahap yang tinggi. Ini adalah kerana internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna pada zaman kini. [ Sokongan kajian lain… ]
Selain itu, tahap kepuasan dominan pengguna terhadap perkhidmatan dan kemudahan Pusat Sumber MBKS adalah dengan mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi, iaitu seramai 27 orang responden bersamaan 90.00% yang menyatakan setuju. Malah, jumlah min keseluruhan bagi tahap-tahap kepuasan adalah pada tahap yang tinggi, iaitu 2.54. Hal ini demikian kerana ramai responden yang menyatakan setuju bahawa kesemua tahap kepuasan yang ditanyakan amat memuaskan hati pengguna.
RUMUSAN…
Kesimpulannya, berdasarkan hasil daripada temu bual, jawapan dan maklumat yang dibekalkan oleh informan-informan juga selaras dengan data yang diperoleh daripada soal selidik. Maka, kedua-dua objektif telah dicapai. Akhir kata, pengkaji berharap agar lebih ramai pengguna dapat menikmati keselesaan menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber MBKS tanpa ada berlakunya masalah pada masa akan datang.
SEKIAN.
TERIMA KASIH