1 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KSSM SEJARAH TINGKATAN 5

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 37

BAB 1 KEDAULATAN NEGARA

SEJARAH TINGKATAN 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3 of 37

01

02

03

04

  • Takrif Kedaulatan
  • Pandangan Tokoh
  • Jenis Kedaulatan

KONSEP

KEDAULATAN

  • Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi
  • Mengekalkan Perpaduan Kaum
  • Memupuk Patriotisme
  • Mengukuhkan Pertahanan Negara

LANGKAH

MEMPERTAHANKAN

KEDAULATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3

BAB 1:

KEDAULATAN NEGARA

  • Keberkesanan Pentadbiran
  • Kemakmuran Ekonomi
  • Kesejahteraan Sosial
  • Kecemerlangan Hubungan Luar Negara

KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT

  • Mempunyai Pemerintahan
  • Mempunyai Sempadan
  • Mempunyai Perundangan
  • Mempunyai Rakyat

CIRI NEGARA

YANG BERDAULAT

KEDAULATAN NEGARA

4 of 37

1.1

KONSEP

KEDAULATAN

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menyatakan konsep kedaulatan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

4

5 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

5

01 KERAJAAN

ALAM MELAYU

Abad 01-16

02 KESULTANAN

MELAYU

MELAKA

1400-1511

03 ZAMAN

PENJAJAHAN

1511-1957

04 PERSEKUTUAN

TANAH MELAYU

YANG MERDEKA

31 OGOS 1957

05 PERSEKUTUAN

MALAYSIA

16 SEPT 1963

  • Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara

KEDAULATAN

Kedaulatan negara kita dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 pula mengukuhkan serta memantapkan negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat

TAKRIF KEDAULATAN

6 of 37

04

02

01

03

KERAJAAN ALAM MELAYU

Sistem Beraja

Pusat dan Wilayah

Konsep Dewaraja

Raja berkuasa mutlak

ZAMAN PENJAJAHAN

Raja hilang kuasa,

hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan hal ehwal agama Islam

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Sistem Raja Berperlembagaan

05

PERSEKUTUAN MALAYSIA

Sistem Raja Berperlembagaan

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Sistem Beraja

Sistem Pembesar Empat Lipatan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

6

PERUBAHAN SISTEM BERAJA DI NEGARA KITA

7 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

7

Perkataan kedaulatan dalam bahasa Arab berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

BAHASA ARAB

Dalam bahasa Inggeris, kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai

kuasa penuh terhadap pemerintahan

BAHASA INGGERIS

Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

BAHASA MELAYU

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi. Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka

BAHASA YUNANI

Kesimpulannya, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka

01

02

03

04

TAKRIF KEDAULATAN MENGIKUT BAHASA

8 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

8

01

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang

ARISTOTLE (AHLI FALSAFAH YUNANI)

03

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya

JEAN BODIN (AHLI FALSAFAH POLITIK PERANCIS)

05

Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing

TUN DR. MOHAMED SALLEH ABAS

(MANTAN KETUA HAKIM NEGARA)

02

Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk

berkorban demi mencapai cita-cita yang sama

IBNU KHALDUN (ILMUWAN ISLAM)

04

Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat

TUNKU ABDUL RAHMAN

(PERDANA MENTERI PERTAMA)

Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara merdeka untuk menjalankan pemerintahan serta melaksanakan undang-undang

PANDANGAN TOKOH

9 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JENIS KEDAULATAN

  • Kedaulatan tradisional merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara dan wujud sejak tamadun awal manusia
  • Kedaulatan negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu
  • Kedaulatan terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja
  • Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi
  • Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat

KEDAULATAN TRADISIONAL

  • Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis
  • Kedaulatan juga dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan
  • Kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara bangsa pula lahir hasil gabungan negeri yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963

KEDAULATAN MODEN

  • Kedaulatan undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi
  • Kedaulatan undang-undang menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan makmur
  • Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang
  • Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • Kedaulatan antarabangsa merujuk pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain
  • Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970, mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa
  • Keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan bahawa dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat

KEDAULATAN ANTARABANGSA

9

01

02

03

04

JENIS KEDAULATAN

10 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

10

MALAYSIA YANG BERDAULAT

11 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

11

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K (K12.1.5)

Kebijaksanaan kunci utama dalam menghadapi cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara.

Bahaskan.

12 of 37

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

12

Rakyat dan pemimpin perlu berkerjasama dalam menghadapi cabaran untuk mempertahankan negara demi mengekalkan kedaulatan negara kita. Bincangkan.

13 of 37

CABARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

13

14 of 37

1.2

CIRI NEGARA

YANG BERDAULAT

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan ciri-ciri negara berdaulat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

14

15 of 37

CIRI-CIRI NEGARA YANG BERDAULAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

15

  • Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi
  • Malaysia: Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan, Perdana Menteri (Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen)

MEMPUNYAI PEMERINTAHAN

  • Sempadan ialah garis pemisah antara negeri atau negara
  • Malaysia kongsi sempadan darat, air dan udara dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina yang diakui oleh PBB

MEMPUNYAI SEMPADAN

  • Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara
  • penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat
  • Asas sistem perundangan negara kita ialah Perlembagaan Persekutuan
  • Parlimen menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita

MEMPUNYAI

PERUNDANGAN

  • Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara dan terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah
  • Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam yang disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama

MEMPUNYAI RAKYAT

01

02

03

04

16 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

16

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K (K12.1.6)

Kedaulatan negara penting untuk dipertahankan.

Bersetujukah anda? Jelaskan pendirian anda.

17 of 37

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

17

Ciri negara berdaulat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai identiti yang unik dan tersendiri di dunia.

Bincangkan.

18 of 37

KEUNIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

18

19 of 37

1.3

KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menjelaskan akan pentingnya mewujudkan

negara berdaulat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

19

20 of 37

KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

20

01

02

03

04

KEMAKMURAN EKONOMI

  • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi
  • Selepas merdeka pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan melalui pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negara

KECEMERLANGAN HUBUNGAN LUAR NEGARA

  • Kedaulatan memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain melalui penggubalan dasar luar negara kita
  • Selain dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain, negara juga dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk kepentingan negara

KEBERKESANAN PENTADBIRAN

  • Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar
  • Dasar pentadbiran negara dilaksanakan oleh Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan
  • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran

KESEJAHTERAAN SOSIAL

  • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat agar dapat melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan
  • Beberapa perkara berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

21 of 37

MALAYSIA YANG BERDAULAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

21

22 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

22

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K (K12.1.7)

Menghormati kepelbagaian budaya dan agama penting dalam mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia.

Bahaskan.

23 of 37

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

23

Kedaulatan penting dalam menentukan bentuk sistem pentadbiran negara kita pada masa kini. Bincangkan.

24 of 37

1.4

LANGKAH

MEMPERTAHANKAN

KEDAULATAN

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menghuraikan langkah-langkah pemerintah

dan rakyat dalam mempertahankan

kedaulatan negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

24

25 of 37

KESTABILAN POLITIK DAN KEMAKMURAN EKONOMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

25

PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA UNTUK MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK SERTA KEMAKMURAN EKONOMI

  • Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara
  • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik
  • Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua
  • Mematuhi undang-undang negara
  • Mewujudkan pentadbiran yang cekap
  • Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran
  • Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi
  • Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan

01

02

26 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

26

  • Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional
  • Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi berkaitan
  • Merangka program serta kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional
  • Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum
  • Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang dapat menjamin perpaduan kaum
  • Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum
  • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia
  • Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang dapat memupuk kerjasama antara kaum

PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

01

02

MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

27 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

27

Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara serta sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya

  • Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara
  • Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara
  • Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media
  • Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama mereka pada bangunan dan jalan

PEMERINTAH

RAKYAT

  • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku
  • Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara
  • Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi
  • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara

PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA UNTUK MEMUPUK PATRIOTISME

02

01

MEMUPUK PATRIOTISME

28 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

28

Pemerintah dan rakyat bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Pertahanan negara penting untuk mengekalkan kedaulatan negara

  • Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara
  • Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa
  • Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan pasukan pertahanan negara
  • Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa

PEMERINTAH

RAKYAT

  • Peka terhadap isu keselamatan negara, contohnya memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan negara
  • Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara
  • Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan untuk mempertahankan negara
  • Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara

PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA MEMPERTAHANKAN NEGARA

02

01

MENGUKUHKAN PERTAHANAN NEGARA

29 of 37

MALAYSIA YANG BERDAULAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

29

30 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

30

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K (K12.1.8)

Identiti negara penting untuk dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita.

Bahaskan.

31 of 37

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

31

Buktikan hubungan pemerintah

dan rakyat yang mantap mampu mengekalkan kedaulatan negara.

32 of 37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

32

LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 5

“Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu mesti bersabar dengan apa yang kamu benci” (Imam Ghazali)

#USAHATANGGAKEJAYAAN

#SELAMATMAJUJAYA

33 of 37

1. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab?

  1. Negara yang bebas dan merdeka
  2. Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
  3. Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara
  4. Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

2. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

  1. Menjadi kuasa politik unggul di dunia
  2. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
  3. Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran
  4. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

3. Apakah tafsiran kedaulatan mengikut pandangan Tunku Abdul Rahman?

  1. Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan
  2. Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka
  3. Kedaulatan ialah kuasa tertinggi dalam sesebuah negara
  4. Kedaulatan adalah kemerdekaan

4. “Sistem pemerintahan

berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya

urusan negara”. Penyataan di atas

merujuk kepada

  1. Kedaulatan Moden
  2. Kedaulatan Tradisional
  3. Kedaulatan Antarabangsa
  4. Kedaulatan Undang-Undang

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

33

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

34 of 37

5. Apakah ciri negara yang berdaulat?

  1. Mempunyai pusat pentadbiran
  2. Mempunyai sempadan
  3. Mempunyai tentera yang kuat
  4. Mempunyai parlimen

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Demokrasi Berparlimen?

  1. Pemerintahan yang mempunyai Raja dan Perdana Menteri
  2. Demokrasi yang membenarkan rakyat memilih pemimpin
  3. Demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya
  4. Demokrasi ialah pilihan raya yang diadakan empat tahun sekali

7. Bagaimanakah Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara lain?

  1. Melalui Perdagangan Antarabangsa
  2. Melalui Perjanjian
  3. Melalui Kerjasama Politik
  4. Melalui penggubalan dasar luar negara

8. Siapakah yang memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara?

  1. Polis dan tentera
  2. Raja dan pemimpin tempatan
  3. Pemerintah dan rakyat
  4. Rakyat Malaysia yang patriotik

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

34

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

35 of 37

  1. Kedaulatan negara kita dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 memantapkan lagi negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat.
  1. Senaraikan dua tokoh yang memberikan tafsiran mereka tentang kedaulatan bersesuaian dengan zamannya. (2m)

i) …………………………………………………………….

ii) …………………………………………………………….

  1. Jelaskan maksudkan kedaulatan berdasarkan:

i) Bahasa Yunani: ....……………………………………….

ii) Bahasa Arab: …………………………………………….

c) Nyatakan jenis kedaulatan yang berkaitan dengan

sesebuah negara? (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

e) Buktikan hubungan pemerintah dan rakyat mampu

mengekalkan kedaulatan negara. (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………...............

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

35

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

36 of 37

2. Patriotisme merupakan nadi kepada kebebasan,

kestabilan dan kemajuan bagi sesebuah negara.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan patriotisme? (2m)

………………………………………………………………

………………………………………………………………

………………………………………………………………

  1. Mengapa semangat patriotisme penting untuk dipupuk dalam kalangan masyarakat dan generasi muda? (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

  1. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

d) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda menzahirkan rasa

cinta anda terhadap negara? (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

36

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

37 of 37

TERIMA KASIH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

Unit Sejarah

+603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/

BPK Peneraju Pendidikan Negara