1 of 33

Prestasi Bahasa dan Linguistik

Psikolinguistik

Bab 4

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat;

  • Menjelaskan tentang komunikasi yang berlaku dalam beberapa jenis haiwan;
  • Mengenalpasti sama ada makhluk bukan manusia memiliki kemampuan belajar dan menggunakan bahasa secara kreatif seperti manusia atau tidak.

2 of 33

1

Bahasa dan Komunikasi

Lebah atau madu memiliki satu sistem komunikasi yang unik. Sistem komunikasi ini membolehkan seekor lebah pekerja (pencari makanan) memberitahu lebah-lebah lain tentang arah terdapatnya sumber makanan.

Hal ini dilakukan oleh lebah pekerja dengan membuat tarian lebah di dinding sarangnya untuk menyampaikan pesanan tentang tempat serta mutu sumber makanan yang ditemukannya.

Komunikasi Haiwan

Komunikasi Lebah

3 of 33

Mengikut Fromkin dan Rodman (1993), tarian lebah dari Itali mempunyai tiga pola, iaitu membuat bentuk lingkaran, membuat bentuk seperti sabit, dan membuat gerakan dengan ekor. Faktor penentu dalam pemilihan pola yang dipakai ialah jarak antara sumber makanan dengan sarang lebah tersebut.

Tarian berbentuk lingkaran, menunjukkan lokasi makanan yang dekat, iaitu dalam jarak 20 kaki. Hal ini ditunjukkan dengan membuat lingkaran. Mutu makanan pula ditunjukkan dengan jumlah pengulangan pola tarian lingkaran itu serta semangat dalam melakukan tarian. Untuk pola tarian berbentuk sabit dan membuat gerakan dengan ekor, mutu makanan ditunjukkan dengan cara yang sama.

Tarian lebah merupakan satu sistem komunikasi yang mampu menyampaikan mesej, tetapi terbatas kepada topik yang sama, iaitu makanan. Perbezaan yang nyata antara bahasa lebah dengan bahasa manusia ialah bahasa lebah ditentukan oleh biologi dan dilakukan oleh hasil gerak balas luaran, sedangkan bahasa manusia hanyalah sebahagian yang dibawa sejak lahir dan diperluaskan sebagai hasil kreativiti minda manusia.

4 of 33

3

Ikan lumba-lumba mempunyai otak yang boleh dikatakan seimbang ukurannya dengan badannya, sama seperti ukuran otak manusia. Ikan lumba-lumba merupakan binatang yang menyusukan anak. Permukaan otak ikan lumba-lumba sangat keriput.

Hal ini demikian kerana permukaan otak yang nipis dan jumlah sel-sel urat sarafnya lebih sedikit berbanding dengan sel-sel urat saraf manusia. Ciri sedemikian membezakan keadaan otak manusia dengan otak ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba menggunakan bunyi vokal untuk berkomunikasi.

Umpamanya, bunyi ‘klik’ tidak digunakan untuk berkomunikasi dengan ikan lumba-lumba yang lain, tetapi digunakan untuk mengetahui lokasi objek yang menghalang perjalanannya di dalam laut dengan tepat. Bunyi ‘klik’ bertindak sebagai bunyi deteksi sonar yang sama fungsinya dengan bunyi yang dikeluarkan oleh beberapa jenis kelawar. Ikan lumba-lumba juga mengeluarkan bunyi siulan dan kuakan.

Komunikasi Ikan Lumba-lumba

5 of 33

Beberapa usaha telah dilakukan untuk mengetahui sama ada cimpanzi yang dibesarkan bersama dengan manusia dapat mempelajari bahasa seperti kanak-kanak manusia. Antaranya termasuklah cimpanzi yang diberi nama ‘Gua’ yang dibesarkan bersama dengan anak lelaki keluarga Kellogg. Gua memahami kira-kira 100 kata sewaktu berusia 16 bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang kemajuan selepas itu. Cimpanzi bernama ‘Viki’ yang dibesarkan oleh keluarga Hayes dapat menggunakan beberapa kata dan memahami sejumlah ayat yang pendek. Manakala cimpanzi bernama ‘Sarah’ yang dibesarkan oleh keluarga Premack pula dapat belajar bahasa tiruan yang terdiri daripada simbol-simbol plastik berbagai warna dan bentuk. Sarah mampu memahami sejumlah ayat yang agak rumit, tetapi tidak mampu menyusun ayat secara kreatif seperti manusia.

Dalam alamnya, cimpanzi berkomunikasi dengan menggunakan sistem yang termasuk tanda-tanda visual, melalui pendengaran, penciuman, dan perabaan. Mesej yang disampaikan melalui tanda- tanda sedemikian mempunyai kaitan dengan lingkungan alam haiwan itu atau keadaan afektifnya (makanan, menguasai suatu daerah, tanda bahaya dan keperluan biologi).

Komunikasi Cimpanzi

6 of 33

5

Seorang anak (manusia) tidak perlu diajar bahasa dengan cara terpimpin. Yang diperlukan olehnya hanyalah input linguistik untuk membolehkannya membentuk tatabahasanya sendiri. Kanak-kanak yang bisu juga mampu belajar bahasa, dan hal ini membuktikan bahawa kemampuan untuk mendengar atau mengeluarkan bunyi-bunyi ujaran bukanlah syarat mutlak untuk mempelajari bahasa.

Lakuan komunikatif haiwan atau manusia boleh dianalisis melalui sumber yang berikut:

      • Si pemberi maklumat yang menghantar maklumat dalam bentuk isyarat.
      • Bentuk fizikal penghantaran isyarat.
      • Si penerima maklumat yang mentafsir isyarat untuk mendapatkan maklumat yang dihantar oleh si pemberi maklumat.

KOMUNIKASI MANUSIA

7 of 33

Proses Komunikasi Manusia

Untuk memahami proses komunikasi dapat dilihat dari elemen yang berkaitan dengan siapa pengirim (komunikator), apa yang dikatakan atau dikirim (pesan), apa saluran komunikasi yang digunakan (media), yang dimaksudkan untuk siapa (komunikan), dan apa akibatnya (kesan).

Dalam proses komunikasi, kewajipan seorang komunikator adalah untuk cuba mendapatkan mesej-mesejnya yang dapat diterima oleh komunikan mengikut kehendak pengirim. Model proses komunikasi secara amnya dapat memberi gambaran keseluruhan kepada penganjur organisasi, bagaimana mempengaruhi atau mengubah sikap anggota / pemangku kepentingannya melalui reka bentuk dan pelaksanaan komunikasi.

8 of 33

    • Bentuk Penyampaian Makna

Lima bentuk penyampaian makna dalam komunikasi manusia bermula daripada bentuk lisan sampailah kepada fitur-fitur dirian interaksi.

      • Lisan

Lisan terdiri daripada ujaran-ujaran. Ujaran pula terdiri daripada kata-kata, klausa-klausa dan ayat-ayat. Kata terdiri daripada morfem, iaitu unit linguistik terkecil yang membawa makna, dan fonem pula merupakan unit bunyi sesuatu bahasa.

      • Prosodi

Prosodi mengandungi rentak, jeda, dan intonasi dalam ujaran yang kedudukan dan fungsinya telah ditetapkan secara linguistik. Kedudukan jeda dalam ujaran boleh mempengaruhi makna. Pertimbangkan frasa old men and women. Jeda selepas men boleh mengubah makna frasa tersebut (cuba sebut frasa tersebut dengan jeda dan tanpa jeda).

Intonasi mengandungi pola-pola nada dan tekanan dengan penyambungan junktur yang menandai sempadan unit-unit nada dan tekanan yang saling bertindak balas. Intonasi mempengaruhi makna. He died boleh jadi pernyataan atau soalan bergantung sama ada terdapat turun atau naik nadaa di hujung ujaran.

3. Paralinguistik

Apabila kita bercakap, kita menggunakan lebih daripada sistem lisan dan prosodi bahasa. Kita ‘um’ dan kita ‘ah’. Kita ketawa, kita menangis, merengek, dan menguap. Semua ini merupakan tingkah laku vokal yang membentuk apa yang dinamai ‘paralinguistik’.

7

9 of 33

  1. Kinesik

Kinesik yang melibatkan komunikasi ialah mimik muka, pergerakan kepala dan tangan, posisi tubuh, dan isyarat.

  1. Fitur Dirian Interaksi

Fitur dirian interaksi ialah jarak antara si penyampai mesej dengan si penerima mesej, penyesuaian antara penyampai dengan penerima, dan penampilan. Penampilan diri secara

amnya lebih statik berbanding dengan yang pertama dan kedua. Jarak antara individu dan penyesuaian jarak sering berubah-ubah sewaktu interaksi sedang berlaku (Ellis dan Beattie, 1987).

Untuk mencapai proses pemikiran yang berfokus, pengetahuan perlu dikodkan dan disimpan dalam bentuk yang tertentu. Bentuk yang paling nyata ialah kata-kata dan gambaran. Bentuk-bentuk inilah yang mula-mula menarik perhatian ahli-ahli psikologi. Penggunaan kata-kata dan ayat-ayat sebagai perantaraan fikiran sangat jelas dan tidak memerlukan huraian lanjut. Namun imejan bersifat kontroversi kerana manusia mengalami darjah perbezaan imejan yang berlainan.

10 of 33

9

  1. Penggunaan saluran auditori-pertuturan

Penggunaan saluran auditori-pertuturan merupakan ciri bahasa manusia yang paling jelas. Bunyi dibentuk dengan menggunakan alat-alat pertuturan, manakala

mekanisme pendengaran menerima bunyi tersebut. Ciri ini bukanlah sesuatu yang unik bagi manusia. Kaedah ini tidak begitu mustahak bagi manusia kerana bahasa boleh juga dipindahkan melalui simbol visual (seperti bahasa isyarat atau tulisan) dan simbol deria sentuh (seperti Braille). Pesakit-pesakit yang telah dibuang anak tekak dan berkomunikasi melalui tulisan masih ada keupayaan berbahasa. Cuma ciri ini digunakan sedikit dalam usaha untuk membezakan komunikasi haiwan daripada manusia.

  1. Arbitrari

Arbitrari bermaksud manusia menggunakan simbol-simbol bahasa yang neutral.

Sebagai contoh, tiada kaitan antara perkataan DOG dengan binatang yang bersimbol empat kaki. Binatang itu boleh juga dipanggil UN CHIEN (Perancis), EIN HUND (Jerman), atau CANIS (Latin).

  1. Mempunyai makna

Ciri yang ketiga ini ada kaitan dengan keupayaan berbahasa dengan menggunakan simbol sebagai alat untuk merujuk kepada sesuatu objek atau tindakan. Bagi manusia, KERUSI bermakna perkakas yang aneh, terbina daripada empat kaki dan kita duduk di atasnya. Manusia boleh membuat generalisasi dengan menggunakan nama ini kepada semua jenis kerusi, bukan terhad untuk sejenis kerusi sahaja. Kebermaknaan digunakan untuk tindakan dan objek. Sebagai contoh, untuk MELOMPAT ‘bermakna’ tindakan melonjak ke udara.

  1. Pancaran budaya atau tradisi

Manusia menurunkan bahasa mereka daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Peranan yang dimainkan oleh haiwan dalam hal ini jelas dan berbeza

daripada satu haiwan dengan haiwan yang lain – bahkan berbeza dalam kalangan spesis yang sama. Ciri kelima dan keenam mempunyai unsur sosial, iaitu hubungan bahasa dengan cara bahasa itu digunakan.

  1. Penggunaan secara spontan

Manusia bertutur dengan bebas. Pertuturan tidak dipaksa-paksa seperti haiwan yang berdiri menggunakan kaki belakang jika makanan diacuh-acuhkan di atas hidungnya.

11 of 33

  1. Mengikut giliran

Manusia mengambil giliran untuk bercakap. Dalam kebanyakan perbualan, kita tidak bercakap semasa orang lain bercakap, kita juga tidak akan bersaing dengan mereka.

Kita menunggu giliran kita dengan cara sopan, seperti yang ditunjukkan dalam perbualan berikut:

“Saya menang!” Adik berkata. “Saya yang menang!” Kata Ani.

“Saya yang menang! Saya menang!”

Seperti yang kita perhatikan, Ani dan Adik mempunyai idea tentang apa-apa yang hendak diperkatakan antara satu dengan yang lain. Walau bagaimanapun, mereka mengetahui bahawa mereka harus menunggu giliran untuk bercakap.

  1. Duaan atau artikulasi berganda

Bahasa disusun secara ‘berlapis’: unit bunyi asas pertuturan seperti C, A, T, lazimnya tidak membawa sebarang makna. Unit bunyi asas akan mempunyai makna apabila digabungkan dan membentuk susunan seperti CAT. Ciri ini kadang-kadang dikatakan unik untuk manusia tetapi sebenarnya tidak demikian. Duaan juga berlaku dalam nyanyian burung. Setiap nota tidak mendukung sebarang makna. Kombinasi notalah yang membentuk mesej yang bermakna. Jadi, sekali lagi kita tidak dapat menemukan perbezaan yang ketara bagi ciri duaan antara manusia dengan haiwan.

  1. Pemindahan Maklumat

Keupayaan merujuk kepada objek atau hal yang berpindah masa dan tempat. Manusia boleh bercakap tentang hal seperti ‘Makcik Maria yang tinggal di Sarawak tertinggal kain telekungnya di sini minggu lepas’.

12 of 33

11

9. Bergantung pada struktur

Manusia bukan hanya menggunakan pengiktirafan yang mudah atau mengira teknik sewaktu bercakap. Dengan secara automatik manusia mengenali pola semula jadi

bahasa, kemudian memanipulasikan ‘pancangan struktur’ dalam perbualan seharian. Sebagai contoh, manusia faham bahawa serangkai perkataan kadang-kadang boleh menjadi satu struktur:

DIA

LELAKI YANG MEMAKAI SONGKOK ITU MEMBELI IKAN

Pancangan ini boleh disusun mengikut peraturan yang tertentu:

IKAN + DIBELI + OLEH LELAKI YANG MEMAKAI SONGKOK ITU

10. Kreativiti

Terdapat satu ciri yang penting, yang unik pada manusia, iaitu keupayaan menghasil dan memahami ujaran yang tidak terbatas jumlahnya. Ciri bahasa yang seperti ini mempunyai banyak nama. Chomsky menamakannya kreativiti. Yang lain memanggilnya keterbukaan atau produktiviti.

Terdapat beberapa unsur penting dalam bahasa tersebut, iaitu:

    • bahasa adalah sistem
    • bahasa adalah simbol bunyi
    • bahasa dihasilkan oleh alat ucapan manusia
    • bahasa adalah sewenang-wenang (manasuka)
    • Bahasa ialah cara komunikasi antara manusia.

13 of 33

Perbandingan Komunikasi Haiwan dengan Bahasa Manusia

      • Bahasa manusia

        • Memiliki susunan yang sistematis
        • Mengenal bunyi vokal dan konsonan.
        • Manusia juga memiliki kemampuan mempelajari bahasa
        • memiliki organ –organ untuk memproduksi bahasa.
        • Bahasa manusia dapa memanipulasi berbagai bunyi sehingga membentuk berbagai macam kata

      • Bahasa binatang

        • Bahasa yang diguankan oleh binatang tidak dapat diungkapkan secara jelas karena susunanya tidak sistematik.
        • Tidak memiliki mengenal bunyi vokal dan konsonan
        • Tidak memmiliki struktur yang mampu memebedakan bunyi-bunyi menjadi suatu kata yang bermakna
        • Bahasa binatang terbatas sehingga bunyi- bunyi yang diproduksi memiliki arti yang umum

14 of 33

Haiwan tidak dapat berbahasa seperti layaknya manusia. Ini kerana anatomi otak manusia dengan haiwan sangat berbeza Namun dengan adanya latihan dan pengajaran yang dilakukan oleh para peneliti terhadap haiwan yang akan dilatih, maka haiwan akan dapat menirukan bahasa manusia. Hal ini membolehkan latihan terhadap haiwan dapat dilakukan secara berterusan dan mengikut kesesuaian.

Jenis haiwan yang diteliti oleh para peneliti biasanya adalah lumba-lumba, gorila, serta cimpanzi. Komunikasi haiwan di alam liar sangatlah unik. Ini kerana haiwan tersebut mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan komunikasi dengan rakannya yang lain. Contohnya, bagaimana lebah dapat melakukan koordinasi dengan kelompoknya dengan tarian (dance). Serta bagaimana panggilan burung untuk memikat lawan jenisnya serta berkomunikasi dengan haiwan yang sama spesis dengannya.

RUMUSAN

15 of 33

Bab 5

Psikolinguistik

Imejan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat;

  • Menghuraikan tentang cara kita mendengar bunyi percakapan yang sampai ke telinga dan bagaimana bunyi percakapan itu boleh diubah menjadi konsep;
  • Memahami bagaimana proses mental yang berlaku ketika

seseorang menghasilkan percakapan atau pertuturan melalui

proses operasi semantik, operasi sintaksis dan operasi fonologi.

  • Mendalami subbidang yang ada dalam psikolinguistik.

16 of 33

…………………………………

Imejan

BAB 5

1

Imejan

Bahasa manusia berfungsi sebagai alat yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu pengetahuan. Pengetahuan tersebut perlulah bersesuaian dengan gambaran linguistik dan gambaran visual yang disampaikan oleh si pembicara.

Bruner (1966) pernah mengatakan jika seseorang mempelajari cara mengecam jalan dari rumahnya ke tempat kerja dengan mengingati satu siri perbuatan membelok ke kiri dan ke kanan, dia akan menghadapi kesukaran jika tersesat kerana dia tidak mempunyai gambaran yang menyeluruh tentang jalan itu.

17 of 33

Idea asal tentang protaip telah diperkenalkan oleh Wittgenstein (1953). Wittgenstein mengatakan bahawa kebanyakan kata tidak dapat didefinisikan dengan memberikan seperangkat syarat untuk menjadi anggota kelompok kata yang mewakili kata tersebut.

Contoh yang diberikan ialah kata /permainan/. Wittgenstein mengatakan bahawa tidak ada satu perangkat sifat yang dipunyai bersama oleh semua permainan: bukan semua permainan dimainkan untuk hiburan, konsep menang dan kalah tidak selalu dapat diterapkan, dan sebagainya. Yang ada, mengikut Wittgenstein, ialah perangkat kemiripan dengan kata /permainan/. Hal ini disebut kemiripan sekeluarga.

Teori prototaip ada menyebut bahawa pada awal pemerolehan bahasa manusia belajar perkataan-perkataan yang asas kerana perkataan-perkataan itu adalah pancaran dunianya. Prototaip menonjol daripada yang lain. Sebagai contoh, bangau ialah istilah tahap asas jika dibandingkan dengan istilah tahap superordinate seperti burung, atau istilah tahap subordinat seperti bangau air.

Tahap kosa kata yang asas lebih senang diguna dan dipelajari. Kita bermula dengan tahap yang paling asas sebab istilah itulah yang paling mudah untuk ditanggap. Selepas istilah dipelajari, baharulah kita berganjak kepada perkataan-perkataan yang lain.

18 of 33

Tanpa pengetahuan tersebut pemahaman tentang makna percakapan tidak akan tercapai. Dalam usaha memahami percakapan, pendengar perlu menggunakan pengetahuan linguistiknya untuk mengenali bunyi-bunyi percakapan. Dia juga perlu menggunakan strategi tertentu supaya bunyi-bunyi percakapan itu dapat disimpulkan menjadi konsep dan mesej yang

3

Penanggapan, Pemahaman, dan Penghasilan

Percakapan

Bunyi Percakapan

Penerimaan Bunyi Percakapan

Ketika seseorang mendengar percakapan atau ayat, dia mengubah rentetan bunyi percakapan ke dalam satu konsep yang difahaminya. Apabila seseorang mendengar orang lain bercakap dalam bahasa ibundanya sendir maka serangkaian bunyi akan bergabung menjadi kata.

19 of 33

BAB 5

Imejan

..........................

bermakna. Sesudah proses ini selesai, bunyi percakapan yang berupa ayat tidak lagi diingat secara harfiah, yang diingat ialah makna.

Penanggapan Percakapan

Pada tahap pendengaran, pendengar menerima serangkaian bunyi percakapan tersebut secara cepat sebelum menyimpan hasilnya dalam memori.

Pada tahap ini, belum ada potongan bunyi yang bermakna yang dikenal pasti. Kemudian, pada tahap fonetik, pendengar meneliti semula isi percakapan yang tersimpan dalam memori untuk mencari tanda-tanda akustik yang penting.

Tanda-tanda itu dimasukkan ke dalam memori fonetik yang bersifat berkelompok. Pada tahap fonologi, pendengar mengingati aturan linguistik dalam bahasanya dan memadankan pengenalpastian yang telah dilakukannya dengan kendala linguistik yang ada.

20 of 33

5

Garnham (1985), berpendapat asas penanggapan fonologi perlu merangkumi kata-kata yang didengar dan yang dibaca, yakni:

  1. Kesan kekerapan kata
  2. Kesan kata atau bukan kata
  3. Kualiti rangsangan dalam bacaan
  4. Kesan yang lebih baik untuk sesuatu kata

  • Terdapat dua pandangan yang perlu diambil kira tentang penanggapan ayat. Ada yang mengatakan analisis penanggapan ayat boleh ditinggalkan kerana makna ayat dapat digarap daripada makna kata. Ada pula yang percaya bahawa dalam penanggapan ayat, pendengar melihat kehadiran batas-batas frasa.
  • Pandangan ini diambil daripada andaian Gestalt bahawa satu unit penanggapan cenderung mempertahankan keaslian bentuknya dengan menolak pembatasan.
  • Satu benda tidak dapat difahami dengan mempelajari bahagian-bahagiannya. Benda itu hendaklah ditelaah sebagai sebahagian daripada satu kesatuan yang tidak terpisah. Salah satu hukum penanggapan yang disebut oleh Wertheimer pada tahun 1912 ialah closure atau ketertutupan, yakni lapangan penanggapan yang tertutup lebih stabil daripada yang tidak tertutup.

  • Sebagai contoh, sebuah gambar lingkaran yang belum tertutup akan ditanggap sebagai lingkaran yang sudah sempurna, atau sebuah gambar lain, seperti wajah orang, akan ditanggap seperti sudah siap meskipun ada garis- garis yang belum dilukis.

21 of 33

Pemahaman Percakapan (dekod)

Setiap hari, manusia mendengar beribu-ribu perkataan daripada berbagai- bagai topik dan sumber. Manusia pula mampu memahami perkataan yang didengar.

Tiga aspek utama yang dikendalikan oleh peraturan bahasa ialah fonologi, sintaksis, dan semantik.

Fonologi : bunyi dan strukturnya

Sintaksis : cara perkataan bergabung untuk membentuk ayat

Semantik : makna perkataan dan ayat

Dengan menggunakan tiga aspek utama tersebut, peraturan bahasa membentuk sistem yang kompleks dan ideal kerana tidak semua tatabahasa bahasa di dunia telah dianalisis oleh pakar-pakar bahasa. Tatabahasa yang paling banyak dianalisis pada masa ini ialah tatabahasa bahasa Inggeris.

Tatabahasa penting kepada psikolinguistik kerana tatabahasa membantu seseorang mempelajari aktiviti bertutur dan mendengar. Kita boleh menyimpulkan bahawa peraturan bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan meneliti penggunaan tatabahasanya.

22 of 33

Pemahaman bermula dengan mengenal pasti struktur permukaan sesuatu ayat, iaitu perkataan-perkataan, susunan, dan golongan katanya. Kemudian pendengar perlu membina satu tafsiran untuk Ayat 1. Apakah bentuk tafsiran ini? Sebelum dapat membuat tafsiran ayat, kita perlu bertanya apakah makna yang hendak disampaikan oleh Ayat 1. Ayat 1 yang berbunyi, “Lelaki tua itu menyalakan cerutnya” merupakan cebisan-cebisan maklumat yang memaparkan tentang:

  1. Lelaki
  2. Lelaki itu tua
  3. Cerut
  4. Cerut itu kepunyaannya
  5. Dia menyalakannya

Idea utama dalam Ayat 1 ialah (e) dia menyalakannya. Idea (a) hingga (d ) wujud untuk menegaskan ‘lelaki’ dan ‘-nya’. ‘Lelaki’ dikatakan tua; ‘-nya’ ialah cerut kepunyaan lelaki tua. Penerangan ini menggambarkan struktur dalaman Ayat 1.

Pemahaman juga dikaitkan dengan pembinaan satu tafsiran makna akhir yang menyerupai gambaran (representation) dalaman sesuatu ayat. Tafsiran makna akhir mengandungi satu set penyataan yang saling berhubungan. Walau bagaimanapun, ‘pemahaman’ mempunyai erti kata yang lebih luas.

APA ITU PEMAHAMAN

23 of 33

Melakukan Pertuturan

Pendahuluan

Perkataan proses dalam Kamus Dewan (1996:1058) merujuk kepada satu siri perubahan yang berlaku secara semula jadi. Sementara perkataan mental (1996: 880) ialah berkaitan dengan atau melibatkan akal, pemikiran atau proses intelektual. Proses mental bolehlah dikatakan satu perubahan semulajadi yang melibatkan otak manusia berkaitan sesuatu perkara.

Penghasilan Percakapan (enkod)

Ketika seseorang menghasilkan percakapan atau pertuturan, melibatkan dua dimensi umum iaitu, proses mental seseorang penutur dan ada pihak pendengar yang melibatkan proses komunikasi dalam rantai pertuturan (speech chain). Proses mental yang berlaku ketika seseorang menghasilkan percakapan atau pertuturan melalui proses operasi semantik, operasi sintaksis dan operasi fonologi.

Dalam menghasilkan percakapan atau pertuturan melibatkan dua aktiviti utama iaitu perancangan dan pelaksanaan. Penutur merancang sesuatu yang mahu dikatakannya, berdasarkan kemahuan untuk mengubah persepsi si pendengar. Kemudian penutur melaksanakan perancangannya dengan menuturkan segmen, perkataan, frasa dan ayat. Ketika merancang dan melaksanakan sesuatu percakapan inilah yang melibatkan 3 operasi iaitu operasi semantik, operasi sintaksis dan operasi fonologi.

9

24 of 33

BAB 5

Imejan

..........................

Sewaktu penghasilan percakapan melibatkan pemilihan leksikal, guna dan salah guna aturan tatabahasa, serta pengaruh linguistik.

1. Pemilihan leksikal

Kita membuat pilihan leksikal yang salah kerana makna beberapa leksikal berkait antara satu sama lain. Kaedaan ini disebut paduan, iaitu leksikal yang digunakan terdiri daripada dua atau lebih kata dan maknnya disatukan.

2. Guna dan salah guna aturan tatabahasa

Kesalahan yang spontan semasa menghasilkan percakapan menunjukkan bahawa aturan morfologi dan sintaksis disalahgunakan oleh penutur semasa bercakap.

splinters / blisters > splisters

edited / annotated > editated

a swinging / hip chick > a swip chick frown / scowl > frowl

groupment untuk grouping

ambigual untuk ambiguous bloodent untuk bloody

Contohnya;

Contohnya;

25 of 33

15

  1. Pengaruh linguistik

Pengaruh ini turut menganggu proses penghasilan percakapan. Individu yang berkata He made headlines sepatutnya menyebut He made hairlines kerana yang dirujuk ialah perbuatan seorang tukang gunting rambut. Kedua-dua kata majmuk yang digunakan menyatakan nama benda yang bermula dengan bunyi yang sama /h/. Kata majmuk tersebut dibentuk daripada dua suku kata dengan pola tekanan nada yang sama [he+ad] dan [ha+ir] dan mengandungi morfem kedua yang serupa [lines].

Sewaktu seseorang bercakap dengan spontan, dia kadang-kadang mengulang dan membetulkan percakapan. Terdapat hentian seperti em, eh, ah dan seumpamanya. Tetapi penutur tidak merancang semua yang ingin dituturkannya. Sebagai akibatnya, terdapatlah kesalahan dalam pertuturan kerana penutur memilih perkataan konstituen demi konstituen. Konstituen berlainan mengikut saiz, iaitu dua hingga tujuh atau lapan perkataan.

Dalam pelaksanaan, tujuan utama adalah untuk melaksanakan konstituen yang dirancang rapi mengikut garis panduan berikut;

    • penutur cuba menghasilkan setiap konstituen dengan lancar,
    • penutur cuba merancang setiap konstituen sebagai satu unit
    • apabila penutur mahu berhenti, dia seringkali membuat penjelasan yang singkat sebelum membetulkan kesalahannya, dan
    • sewaktu memilih perkataan yang hendak digunakan dalam pertuturan, penutur

membuat jeda.

26 of 33

Bab 6

Ingatan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat;

  • Menghuraikan pengetahuan dalam bidang linguistik yang mempunyai perkaitan amat rapat dengan sesuatu perkara dipanggil sebagai ingatan;
  • Memahami gambaran yang jelas tentang ingatan;
  • Mengetahu tentang faktor-faktor yang mempengaruhi daya ingatan seseorang.

27 of 33

1

PENYIMPANAN

Penyimpanan pengetahuan linguistik mempunyai perkaitan yang rapat dengan sesuatu yang dipanggil ingatan

Perkataan ‘ingatan’, yang digunakan dalam percakapan seharian atau penulisan saintis kognitif, mempunyai empat makna.

Pertama, ingatan merujuk kepada jumlah semua perkara yang tinggal dalam minda manusia sebagai hasil daripada peristiwa yang pernah dialami, iaitu ingatan sebagai produk (“Saya ingat dengan jelas keseluruhan peristiwa itu”).

Kedua, ingatan diumpamakan seperti satu tempat (“Bagaimanakah saya boleh memuatkan nama-nama mereka dalam ingatan saya?”).

Ketiga, ingatan juga dianggap sebagai satu sifat khas dalam sistem saraf manusia yang memberikan kita sesuatu produk.

Keempat, ingatan diibaratkan sebagai satu kuasa (“Tiga Minggu untuk Ingatan yang lebih Kuat”). Dalam konteks yang lain, ingatan digambarkan sebagai alat yang melakukan sesuatu proses.

28 of 33

Gambaran tentang Ingatan

Pada tahun 1996, psikologi dari Harvard, iaitu Daniel Schacter, telah membuat satu kajian tentang ingatan. Schacter tertanya-tanya bagaimanakah manusia boleh mengekalkan banyak maklumat dalam otak? Sebagai contoh, untuk satu temu janji makan tengah hari, kita memerlukan ingatan tentang sejumlah perkataan, peraturan bunyi dan tatabahasa, penampilan dan sahsiah jemputan, satu katalog nama restoran, peta minda untuk sampai ke restoran, dan fakta-fakta lain.

Bagaimanakah kita mengendalikan maklumat yang begitu banyak? Schacter membuat satu analogi bahawa otak umpama sebuah komputer peribadi.

Mengikut Schacter, otak dilengkapi dua jenis ingatan, iaitu ingatan yang bekerja dan ingatan jangka panjang. Ingatan yang bekerja memproses maklumat masa sekarang manakala ingatan jangka panjang menyimpan maklumat bagi jangka masa yang lama.

Dalam ingatan jangka panjang inilah tersimpan pembelajaran terpendam yang hanya boleh dicungkil melalui hipnotis atau terapis.

29 of 33

3

Ingatan jangka panjang bertindak seperti pemacu cakera padat sebuah komputer. Ingatan jangka panjang mencatat pengalaman lepas dalam daerah otak yang dikenal sebagai ‘serebral korteks’. Serebral korteks menempatkan lebih kurang sepuluh billion sel saraf yang bercabang- cabang, yang beinteraksi sesama sendiri melalui tarikan kimia dan

impuls elektrik. Setiap kali manusia menanggap sesuatu (pandangan, rasa, bunyi atau idea), neuron akan diaktifkan dan meneguhkan hubungan sesamanya. Beribu-ribu neuron berpinar-pinar di semua pelusuk serebral korteks. Dengan itu, wujud satu jaringan yang memantulkan tanggapan asal sebagai satu ingatan.

Manusia boleh memendamkan beberapa fakta ke dalam ingatan jangka panjang jika pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu fakta berlaku berulang-ulang. Keputusan untuk menyimpan atau menyingkirkan secebis maklumat jarang-jarang melibatkan pemikiran sedar.

30 of 33

Faktor yang Mempengaruhi Ingatan

Penghasilan rote ialah faktor utama yang mempengaruhi ingatan. Selain penghafalan rote, Clark dan Clark (1977) pernah menyebut tentang bahasa, input, waktu dan output.

      • Penghafalan rote

Penghafalan rote penting dalam

pembelajaran. Seseorang yang mempunyai daya ingatan yang telah rosak sebagai akibat kecederaan otak, tidak dapat belajar bahasa ibundanya dengan sempurna, apatah lagi bahasa kedua. Belajar perkataan yang paling asas sekali pun memerlukan daya ingatan.

31 of 33

Halangan dalam Proses Pembinaan Semula

Sewaktu seseorang mengingat apa-apa yang didengar atau dibacanya, dia mula-mula mengingati potongan ayat, kemudian muncul ayat yang dibina semula sesuai dengan jangkaannya. Terdapat empat halangan dalam proses pembinaan semula, iaitu kecenderungan memilih binaan ayat yang lazim, arahan, focus proses ingatan, dan rujukan.

  1. Kecenderungan Memilih Binaan Ayat yang Lazim

Individu yang mencuba mengingat sesuatu percakapan akan membina semula ayat- ayat tersebut dalam ingatannya. Dalam keadaan tersebut, individu cenderung memilih ayat yang lazim digunakan orang. Umpamanya, jika dalam fikirannya dia ragu-ragu sama ada jenis sesuatu ayat itu aktif atau pasif, dia akan memilih binaan- binaan ayat yang lebih lazim mengikut perkiraannya. Misalnya, dalam masyarakat Inggeris, individu cenderung mengingati ayat aktif.

  1. Arahan

Jika individu diminta mengingat kembali ayat-ayat yang pernah didengar atau dibaca, maka dia bergantung kepada arahan. Umpamanya, dalam satu eksperimen, para responden diberi beberapa ayat. Mereka dikehendaki menilai sama ada terdapat kesalahan ejaan dalam sesuatu ayat atau sebaliknya. Kemudian, mereka dikehendaki mengingat kembali ayat-ayat tersebut. Responden yang mengikut arahan (menilai ejaan kata-kata dalam ayat) kurang mampu memberi ayat-ayat sebagaimana yang dikehendaki. Hanya sejumlah 18% responden yang dapat memberikan jawapan yang tepat. Apa yang dilakukan oleh para responden tersebut disebut pemprosesan yang dangkal.

Sebaliknya, para responden yang menilai ejaan kata-kata dalam ayat, di samping mencari makna ayat mampu memberi jawapan yang betul. Tindak balas sedemikian disebut sebagai pemprosesan yang dalam.

32 of 33

  1. Fokus Proses Ingatan

Dalam satu eksperimen, sejumlah responden telah diminta menumpukan perhatian kepada struktur luaran ayat supaya mereka mampu menyatakan bentuk ayat itu secara harfiah. Sejumlah responden lain diminta membuat gambaran visual tentang hubungan kata dengan ayat yang sama. Kemudian, dua kumpulan itu diberi ujian mengenal kembali ayat yang betul dengan memilih satu daripada empat ayat. Semua ayat itu tidak sam bentuknya, tetapi struktur dalamannya sama. Cuma satu antara empat pilihan ayat itu yang betul. Sebahagian besar daripada responden kumpulan pertama dapat mengulang kembali ayat yang dikehendaki. Hanya 30% responden daripada kumpulan kedua yang dapat berbuat demikian kerana mereka menumpukan perhatian kepada makna ayat, bukan bentuk ayat.

  1. Rujukan

Sewaktu mengingat kembali ayat dalam bentuk lisan atau tulisan, individu akan menggabungkan maklumat baru dengan maklumat lama. Apabila individu mendengar sesuatu maklumat, dia menentukan terlebih dahulu rujukan kepada maklumat itu sebelum dapat menggabungkan maklumat baru dan lama ke dalam memorinya. Rujukan tentang maklumat baru dan lama dapat diumpamakan sebagai mengaitkan maklumat baru kepada jaringan yang sudah ada. Demikian juga halnya pemahaman tentang maklumat baru. Maklumat baru lebih mudah difahami oleh seseorang jika dikaitkan kepada maklumat yang sudah diketahui.

Aktiviti

  1. Terangkan apakah cara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan daya ingatan seseorang.

  • Bagaimana pengeluaran maklumat boleh berlaku?

33 of 33

Sebagai kesimpulan, ingatan jangka panjang merujuk kepada satu bahagian fizikal daripada alat fizikal tersebut yang membolehkan manusia mengendalikan data yang baru masuk menerusi lima deria rasa iaitu penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan kinestetik. Ingatan yang bekerja merujuk kepada satu kebolehan mengendalikan data daripada sumber luaran dan dalaman dengan secara sedar.

Tujuan sebuah informasi dimasukkan ke dalam memori jangka panjang adalah untuk kita ingat selamanya. Hebatnya, ingatan yang telah tersimpan dalam ingatan jangka panjang akan muncul kembali saat kita menginginkannya. Kemampuan mengenang atau menarik ingatan kembali ini disebut sebagai recall memory.

Ketika seseorang yang anda sayangi pergi dari sisi anda, mungkin anda akan mengingat kembali kenangan-kenangan yang tersimpan dalam memori jangka panjang kita. Seterusnya, kita juga dapat mengingat dengan sangat mendalam bahkan tanpa kita sedari bahawa kita telah menyimpan informasi tersebut.

RUMUSAN