Request edit access
Pendaftaran Mahligai Rahmah
Perjalanan mengharungi sesebuah rumahtangga bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap fasa perkahwinan pastinya ada cabaran yang bakal ditempuhi.

Bilamana anak-anak telah membesar, menamatkan pengajian dan memulakan kehidupan mereka sendiri, komitmen ibu bapa sebagai induk keluarga semakin berkurangan.

Pada fasa ini, kita dijangka akan mempunyai lebih masa untuk beribadah dengan lebih tenang dan fokus, bersama-sama menghadiri majlis ilmu, menunaikan haji dan umrah, melancong ke luar negara dan seumpamanya.

Namun, tidak dinafikan pada fasa ini juga, ada ujian-ujian yang tidak dijangka mendatang. Ada pasangan yang berkahwin dengan jurang usia yang jauh barangkali akan diuji dengan isu kesihatan, ada pasangan yang diuji dengan rasa kebosanan, ada juga yang kehilangan insan tercinta.

Justeru, kita seharusnya mempersiapkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran untuk bersama-sama menyelami kehidupan dan mempunyai niat yang jelas untuk menjemput syurga dalam rumahtangga kita hingga ke penghujung usia.


Maklumat Program :

Mahligai Rahmah
21 April 2019
Dewan, Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi
8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Bayaran: RM50/setiap pasangan
RM30/ individu

Terbuka kepada ahli IKRAM yang usia perkahwinannya 21 tahun ke atas.

Semua peserta yang ingin mendaftar boleh membuat bayaran yuran sebelum atau semasa program.

Pembayaran hendaklah dibuat ke dalam akaun :

BANK ISLAM MALAYSIA 12092010034473
Pertubuhan IKRAM Malaysia
REFERENCE PEMBAYARAN: PMR

1. Pembayaran hendaklah dibuat ke dalam akaun yang diberikan SEBELUM program selewatnya pada 18 April 2019.

2 Jika membuat TRANSAKSI ONLINE, sila maklumkan bukti ( TARIKH, MASA dan JUMLAH TRANSAKSI ) melalui EMAIL kepada peka.ikram@gmail.com dan menggunakan REFERENCE: PMR.

3. Jika pembayaran melalui CASH DEPOSIT, MESTI berikan info melalui email kepada peka.ikram@gmail.com atau whatsapp kepada Puan Idayu 019-2273155.

4. Bayar semasa program.

5. Pemulangan yuran hanya akan dibuat jika pemakluman pembatalan 5 hari sebelum program.


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 18 April 2019

Pemakluman semasa berkenaan program akan melalui fan page FB.
Sila rujuk fan page FB: JK PeKA IKRAM

https://www.facebook.com/JKPeKA.IKRAM/ untuk mendapatkan sebarang update dan perubahan program ini.

Mahligai Rahmah
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service