TENTANG PROGRAM: K-Youth adalah inisiatif kebolehpasaran belia oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang bertujuan untuk membangunkan bakat masa depan Malaysia. Program ini mempersiapkan para belia dengan kemahiran dan pengalaman bernilai komersial bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka. Khazanah kekal komited untuk menyokong kebolehpasaran belia negara, sejajar dengan strategi Memajukan Malaysia kami dan aspirasi Malaysia MADANI.
RAKAN PROGRAM:
Efficient Frontier Consulting (EFC)
Peserta akan menjalani perkara-perkara berikut:
- Latihan teknikal bersama Learning and Training Institutions (LTI);
- Latihan Kemahiran Insaniah (soft skills) bersama Efficient Frontier Consulting atau LTI; dan
- On-Job-Training (OJT) di Syarikat Penempatan yang terpilih
Peserta akan diberikan gaji bulanan dalam lingkungan antara RM1,500 hingga RM1,800 sepanjang tempoh program (Termasuk KWSP, SOCSO, EIS).
*Efficient Frontier berhak untuk mengubah terma dan syarat di atas pada bila-bila masa sahaja.