Hentikan Politik Dendam Terhadap Pulau Pinang, Kembalikan 4 Projek Infrastruktur
Dalam tempoh kurang dari setahun selepas pengkhianatan pada Februari 2020, kerajaan persekutuan Perikatan Nasional (PN) telah membatalkan EMPAT projek infrastruktur penting di Pulau Pinang. Pembatalan tersebut dijangka akan mengakibatkan kerugian kewangan berbilion-bilion ringgit kepada rakyat Pulau Pinang selain kesan buruk terhadap sosioekonomi. 4 projek yang dibatalkan oleh PN adalah:

1) Projek kereta kabel Bukit Bendera bernilai RM100 juta;

2) Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM800 juta;

3) Jaminan pinjaman kerajaan persekutuan untuk pembinaan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang serius dan menambahbaik kesalinghubungan antara pulau dan Seberang Perai;

4) Feri ikonik Pulau Pinang.

Kerajaan PN jelas sedang menindas negeri dan rakyat Pulau Pinang dengan membatalkan projek-projek infrastruktur penting tersebut. Kerajaan PN telah mengenepikan sumbangan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang ke arah pembangunan ekonomi Malaysia.

Pada 2019 sahaja, Pulau Pinang telah menyumbang RM94.7 bilion kepada KDNK negara, dan merupakan penyumbang ke-4 terbesar di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Malangnya, kami telah dibalas dengan pembatalan projek-projek infrastruktur utama yang penting untuk perkembangan berterusan negeri kami. Pulau Pinang juga telah menyumbang kira-kira RM7 bilion kepada pendapatan negara, tetapi menerima balik amat sedikit daripada kerajaan persekutuan.

Kempen tandatangan ini bertujuan mengembleng suara rakyat Pulau Pinang membantah pengkhianat besar terhadap negeri Pulau Pinang oleh kerajaan PN dan menggesa kerajaan mengembalikan empat projek infrastruktur tersebut.

Bertindak sekarang demi membantu Pulau Pinang mendapat kembali hak kita.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Stop Political Vengeance Against Penang, Reinstate the 4 Infrastructure Projects

In less than one year after the treacherous events in February 2020, the PN federal government canceled FOUR important infrastructure projects in Penang. The cancellation is estimated to cost Penangites billions of ringgit in financial losses, as well as inflict adverse socioeconomic impacts. The 4 projects cancelled by the PN are:

1) RM100 million Penang Hill cable car project;

2) RM800 million Penang International Airport expansion project;

3) Federal government loan guarantee for the construction of the Penang Light Rail Transit (LRT) system to ease chronic traffic congestion and improve connectivity between the island and the mainland in Seberang Perai;

4) The iconic Penang ferry.

It is obvious that the PN government is oppressing the state and people of Penang by cancelling these important infrastructure projects. Further, the PN government ignores the contributions of 1.6 million Penangites towards economic development in Malaysia.

In 2019 alone, Penang contributed RM94.7 billion to the national GDP, being the fourth largest contributor among the states in Malaysia, and yet we are recompensed with the cancellation of key infrastructure projects important to the continued growth of our state. Penang also contributes an estimated RM7 billion in revenue annually, of which very little is returned back.

We urge Penangites and all who love Penang to support this signature campaign.

Put your name and make your voice heard!
Nama penuh (seperti dalam Kad Pengenalan) / Full name (as stated on Identity Card) *
Nombor Kad Pengenalan / Identity Card Number *
Nombor fon / Phone Number *
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Democratic Action Party. Report Abuse