PENDAFTARAN PENYERTAAN PROGRAM KAMPUS LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2025/2027
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada IPT yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), termasuk kampus cawangan.
2. IPT perlu mendaftar penyertaan dengan mengemukakan borang penyertaan di laman sesawang JAS (www.doe.gov.my) sebelum atau pada tarikh tutup yang ditetapkan pada setiap kitaran.
3. IPT yang telah mendaftar perlu menyerahkan dokumen penilaian kendiri yang telah dilengkapkan kepada Sekretariat Program KLAAS sebelum atau pada tarikh tutup yang ditetapkan. Sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan selepas tarikh tutup.
4. Maklumat dokumen penilaian kendiri mestilah merujuk kepada aktiviti dan perkara–perkara yang berlaku pada tahun kitaran yang ditetapkan. Sebagai contoh: Kitaran 2026/2027 adalah menggunakan maklumat bermula Januari 2026 hingga Disember 2026.
5. IPT bertanggungjawab untuk memastikan segala maklumat dan bukti penilaian kendiri boleh diakses dan dibuka oleh Sekretariat JAS.
6. Segala maklumat yang dikemukakan oleh IPT adalah SULIT. JAS boleh menggunakan maklumat tersebut untuk aktiviti pendidikan dan kesedaran.
7. Penyertaan IPT akan dibatalkan sekiranya mana-mana syarat yang dinyatakan tidak dipenuhi.
8. Keputusan oleh Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.