FiTA KaryaONE Awards 22
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi yang BERSTATUS AKTIF dalam pengajian sahaja.

2. Setiap penyertaan mesti diterima oleh pihak penganjur sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 NOVEMBER 2019 (AHAD) jam 12.00 TGH MALAM.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan; secara individu atau berkumpulan. Namun setiap penyertaan harus didaftarkan secara berasingan.

4. Hasil karya mestilah asli dan TIDAK PERNAH menyertai KaryaOne sebelum ini dan dihasilkan selepas November 2018 dan ke atas sahaja.

5. Penyertaan bagi FILEM PENDEK, ANIMASI dan TEATER (jika perlu) mestilah tidak melebihi durasi 30 minit (tiada durasi minimum yang ditetapkan). Peserta MESTILAH memuat naik video ke YouTube (label sebagai ‘Unlisted’) menerusi kualiti video 1080p.

6. Perserta mestilah mengisi borang penyertaan berserta link URL YouTube yang lengkap.

7. Penyertaan bagi PENULISAN KREATIF, PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF dan TEATER mestilah menghantar SATU salinan Cerpen, Lirik, Lakon Layar, Esei, Laporan Produksi, Poster, Gambar dan sebagainya; dengan menggunakan format PDF sahaja.

8. Penyertaan bagi Penulisan Kreatif mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. Campuran keduanya tidak dibenarkan.

9. Penyertaan dan pencalonan bagi Teater Terbaik, Pengarah Terbaik, Penulisan Skrip Teater Terbaik dan Sinografi Terbaik; hanya kepada produksi yang melibatkan pelajar sebagai pengarah sepenuhnya sahaja yang layak bertanding. Borang penyertaan juga harus disertakan dengan skrip dan gambar-gambar yang berkaitan.

10. Semua filem/video yang diterbitkan dalam bahasa SELAIN Bahasa Melayu perlu disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu.

11. Projek atau karya yang mempunyai unsur-unsur menyentuh sensitiviti masyarakat sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama serta menyalahi undang-undang akan ditolak dari penyertaan.

12. Bukti penghantaran adalah bukti penerimaan.

13. Keputusan pemenang akan diumumkan pada sambutan kemuncak Malam Gala KaryaOne 2019 yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

14. Keputusan juri adalah muktamad.
Next
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy