Kempen My Family #QuranHour 1440H-1441H
Email address *
Pengenalan Kempen My Family #QuranHour
My Family #QuranHour merupakan sebuah kempen sepanjang tahun yang digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) semenjak tahun 2015. Kempen ini dilaksanakan selepas Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour yang telah dijalankan di lebih 73 buah negara dan menjangkau 646 Juta Impressions di media sosial.

My Family #QuranHour pada tahun ini mengekalkan tema pada tahun 2018 (1439H) iaitu #SavingFamilies dengan membawa visi baru iaitu Masuk Syurga Sekeluarga. Pendekatan Masuk Syurga Sekeluarga dipilih dengan pendekatan berinteraksi dengan Al-Quran. Berinteraksi dengan Al-Quran bermaksud, menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan melalui Baca, Faham dan Amal Al-Quran.

Matlamat akhirnya sehingga berjaya lahirnya kerangka fikir Quran (Quranic Mindset) dan akhlak mulia (Quranic Character) berlandaskan al-Quran bermula dari peringkat keluarga dan individu di dalam keluarga iaitu ayah, ibu, anak, datuk dan nenek.


Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service