Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan dan perkhidmatan Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka (MelakaPay) yang disediakan.
Semua responden adalah dipohon untuk memberikan maklum balas yang tepat dan jujur bagi perkara-perkara di dalam soal selidik ini. Hasil kajian soal selidik ini akan digunakan untuk penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat.
Arahan :
Soal selidik ini terdiri daripada sebelas (11) soalan.
Sila beri maklum balas tuan/puan bagi semua soalan. Tuan/puan digalakkan untuk menyertakan komen/ulasan tambahan bagi menyokong jawapan tuan/puan.
Maklum balas tuan/puan adalah rahsia. Kerjasama dan bantuan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.