Masjid Sri Sendayan menawarkan khidmat tempahan juru nikah berdaftar dan penganjuran upacara akad nikah di masjid kami. Pasangan yang berminat dijemput untuk mengisi borang ini dengan memilih ketetapan majlis anda.
BAYARAN URUSAN PERNIKAHAN MASJID SRI SENDAYAN
- Pejabat Agama (Urusan Kad & Sijil): RM60
- Khidmat jurunikah berdaftar: RM120
- Saksi (2 orang x RM40/orang): RM80
- Penganjuran upacara akad nikah di Masjid Sri Sendayan: RM200
JUMLAH: RM460.00
Nota: Mahar/Mas Kahwin: RM200 bagi anak dara dan RM100 bagi janda.
Pihak Masjid Sri Sendayan akan menghubungi anda dalam masa terdekat selepas permohonan ini dihantar. Anda digalakkan untuk menghubungi Masjid Sri Sendayan terlebih dahulu di 06-775 9119 atau inquiry@masjidsrisendayan.com.my bagi memeriksa kekosongan slot. Semua permohonan perlu dilakukan dengan cara menghantar borang ini.
Anda juga boleh memilih untuk hanya mendapatkan khidmat jurunikah berdaftar bagi melangsungkan upacara akad nikah di lokasi sendiri (luar Masjid Sri Sendayan).
Dalam memproses permohonan ini, kami juga mengambil berat tentang privasi dan data peribadi anda. Klik di sini untuk membaca Notis Perlindungan Data Peribadi Masjid Sri Sendayan.
Terima kasih.