Notis Mesyuarat Agong ke 42 (2018) PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA
MALAYSIAN OCCUPATIONAL THERAPY ASSOCIATION
Persatuan Terapi Carakerja Malaysia
P.O Box 11715, 50754 KUALA LUMPUR
http://www.ot-malaysia.my

SEMUA AHLI,
PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA.
Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/Tuan/Puan ,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG (AGM) PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA KALI KE-42
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Terapi Carakerja Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) kali ke 42. Butiran dan maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 26 April 2018 (Khamis)
Masa : 4.30 pm – 6.30 pm
Tempat : Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak
Agenda : 1) Ucapan Presiden OT Malaysia
2) Perbentangan dan Pengesahan Minit AGM ke 41
3) Perbentangan laporan tahunan 2017
4) Perbentangan laporan kewangan tahun 2017
5) Mambahaskan usul 2018
6) Perkara berbangkit & lain-lain hal

3. Sehubungan itu, sukacita kami ingin menjemput semua ahli Persatuan Terapi Carakerja Malaysia untuk menghadiri mesyuarat agung pada tahun ini. Kesudian pihak Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat ini amatlah dihargai dalam memajukan profesion Terapi Carakerja di Malaysia. Dimaklumkan bahawa mesyuarat AGM ini diadakan bersama-sama dengan Malaysian Occupational Therapists National Conference (MOTNC 2018 ).

4. Pihak persatuan amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang usul atau cadangan penambahbaikan (Lampiran A) yang boleh dihantar melalui email otmalaysiasecretary@gmail.com sebelum 15 April 2018. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Setiausaha Agung, Cik Rejina Maniam (012-6121984) atau Timbalan Setiausaha, Dr Zamir Daud (011-19277577).

Sekian. Terima kasih.

Saya yang benar,

(CIK REJINA MANIAM)
Setiausaha Agung ,
Persatuan Terapi Carakerja Malaysia.
Pendaftaran Persatuan: PPM-005-14-23091975
E-mail: otmalaysiasecretary@gmail.com

USUL / CADANGAN UNTUK DI BAHAS PADA MESYUARAT AGUNG KE 42 PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA
Sekiranya ingin mengemukan usul atau cadangan untuk di bahaskan semasa mesyuarat nanti, sila masukkan maklumat di bawah dan 'submit' pada atau sebelum 15 April 2018. Usul atau cadangan yang di bawa adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat bersama Eksekutif Persatuan Terapi Carakerja Malaysia (OT MALAYSIA)
Nama Pencadang
Your answer
No Keahlian Pencadang
Your answer
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service