Borang Pendaftaran BANTERAS! 2021
Ini adalah borang pendaftaran bagi pertandingan BANTERAS! 2021
Sila baca kenyataan A, B dan C serta isi maklumat dengan tepat untuk memudahkan urusan pihak penganjur.

Terima Kasih.

A. SYARAT DAN PERATURAN
1. Terbuka kepada remaja berumur 13-18 tahun sahaja.
2. WAJIB mengisi borang pendaftaran yang disediakan di pautan :
        https://ikramteens.org/register 
3. Lukisan Tangan(Tradisional) atau Lukisan Digital adalah dibenarkan.
4. Maksima lima (5) gambar/muka surat sahaja dibenarkan berbentuk petak segi empat
        (saiz Instagram) (muka depan tidak dikira)
5. Maksima lima (5) panel/pecahan dalam satu gambar/muka surat.
6. Lukisan komik hendaklah berwarna hitam dan putih sahaja, hanya muka depan sahaja
        yang dibenarkan berwarna.
7. Semua penyertaan mestilah asli, tidak dicetak, diterbit dan tidak dilesen kan.
8. Semua penyertaan DILARANG mengandungi elemen ganas melampau, berdarah,
        keagamaan, politik dan/atau seksual.
9. Segala penyertaan mestilah dalam Bahasa Melayu sahaja.
10. Semua lukisan cerita mestilah bermula dari kiri terlebih dahulu.
11. Hak cipta komik tersebut adalah hak milik penganjur selama 3 tahun dari tarikh
        tutup pertandingan.
        Sepanjang tempoh 3 tahun, penganjur berhak menggunakan semua hasil karya yang
        dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa
        kebenaran ataupun bayaran kepada peserta.
12. Penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati
        melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
        Dengan penyerahan hasil karya kepada penganjur, peserta mengakui dan membuat
        representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar
        hakcipta mana-mana pihak ketiga atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa
        di Malaysia atau kedua-duanya.

B. KAEDAH PENGHANTARAN
1. Public kan akaun Instagram anda untuk memudahkan penilaian. Akaun yang Private,
        penyertaannya akan di batalkan.
2. Peserta perlu post hasil lukisan komik di akaun Instagram masing-masing beserta
        tag @ikramteens pada gambar (bukan di komen) dan penyertaan dikira apabila
        meletakkan tanda pagar #kitatolakrasuah, #rasuahbusters dan #ikramteensbanteras
        di bahagian caption.
3. Semua gambar penyertaan mestilah dalam format gambar (JPG) dengan kualiti
        maksima dan dihantar ke alamat emel : ikramteenspusat@gmail.com
4. Peserta yang tidak menghantar karya ke emel penganjur, penyertaannya
        akan di batalkan.

C. KAEDAH PEMILIHAN
1. Setiap penyertaan akan lalui 2 kaedah penilaian:
        • Umum; Juri Umum akan memilih 10 penyertaan terbaik untuk di bawa ke
               peringkat Final.
        • Final; 10 Finalis terakhir akan di nilai oleh Juri Finalis
2. Keputusan para Juri adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
3. Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan di maklumkan melalui Instagram yang
        menghantar penyertaan tersebut.


Email *
Nama Instagram *
Apabila sudah daftar, anda dilarang untuk mengubah nama IG untuk memudahkan urusan pengurusan
Nama Penuh *
No. IC atau Mykid Anda *
Untuk urusan sijil dan pengesahan umur (Contoh: 070313-01-8745)
No. Telefon Anda *
Untuk urusan perhubungan (Contoh: 013-5199519)
No. Telefon Ibu atau Ayah Anda *
Untuk urusan perhubungan (Contoh: 013-5199519)
Umur *
Nama Sekolah *
Alamat Rumah *
Untuk urusan penghantaran hadiah jika terpilih sebagai pemenang
Negeri *
Anda berminat menjadi ahli IKRAM Teens? *
Pengesahan Maklumat *
Required
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
reCAPTCHA
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy