Program Harmoni Antara Agama: Borang Pendaftaran Peserta

📚 Interfaith Youth Alliance (IYA) 2025 – Pendaftaran Program Harmoni Antara Agama (PHAA)

Terima kasih kerana berminat untuk menyertai Program Harmoni Antara Agama (PHAA) – sebuah siri pembelajaran atas talian di bawah inisiatif Interfaith Youth Alliance (IYA) 2025.

PHAA merupakan kursus yang akan diijalankan selama 6 sesi secara atas talian pada waktu petang, bertujuan untuk memperkenalkan belia Malaysia kepada komuniti-komuniti agama di negara kita. Program ini merupakan sebuah inisiatif untuk menyatukan belia dari pelbagai agama untuk saling mengenali dan memahami, lantas memulakan usaha untuk membina perpaduan bersama.

📌 Maklumat Program

  • Format: Atas talian (Zoom)
  • Tempoh: Ogos - September 2025 (1 sesi setiap minggu)
  • Jumlah sesi: 6
  • Sasaran peserta: Belia berumur 18 - 30 dari pelbagai latar belakang

✅ Apa yang akan anda pelajari

  • Pengenalan kepada agama-agama di Malaysia
  • Asas kepercayaan dan struktur komuniti Islam, Kristian, Buddhisme, Taoisme, Hinduisme, Sikhisme, Kepercayaan Orang Asli dan Kepercayaan Orang Asal
  • Peranan belia dalam membina kefahaman antara komuniti beragama
  • Sesi perbincangan dan soal jawab bersama pakar komuniti

🧭 Struktur Program

1. Program Harmoni Antara Agama (PHAA)
Siri syarahan atas talian (6 sesi) yang merangkumi:
  • Asas kepercayaan, amalan dan struktur utama dalam komuniti agama di Malaysia
  • Latar belakang sejarah dan sosial bagi setiap komuniti
  • Sesi interaktif dengan ruang untuk soal jawab dan perbincangan ilmiah
2. Perhimpunan Interfaith Youth Alliance 
Satu pertemuan fizikal (dengan siaran hibrid) yang memberi peluang kepada peserta untuk:
  • Menyertai sesi dialog bersemuka bersama peserta lain daripada pelbagai latar belakang
  • Memahami struktur sosial dan organisasi komuniti agama di Malaysia
  • Menerima sijil penyertaan rasmi daripada Kementerian Perpaduan Negara
Dengan menyertai PHAA, anda akan menjadi sebahagian daripada inisiatif belia yang memberi penekanan kepada pendidikan dan kefahaman antara agama secara terbuka dan berfakta.

📩
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Davina di davina@aodmalaysia.org
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Architects of Diversity Malaysia.

Does this form look suspicious? Report