Pendaftaran Webinar IRDP x REFSA
T20, KEMISKINAN KOTA DAN ISU SOSIO-EKONOMI
oleh IRDP dan REFSA

Bandar ataupun kota sentiasa sinonim dengan taraf hidup yang lebih baik, terutama wujudnya tawaran peluang pekerjaan yang lebih tinggi dan lebih menarik – berbanding kawasan-kawasan separa-bandar apatah lagi pekan-pekan kecil mahupun desa – dan pengurusannya yang lebih terancang. Hal demikian menggalakkan penghijrahan warga desa dan sesudahnya menetap di kota. Berdasarkan statistik oleh Jabatan Perangkaan Negara, 76% penduduk Malaysia menetap di kota dan hampir 60% daripada jumlah tersebut merupakan bumiputera. Di sisi yang lain, statistik terkini juga menunjukkan bumiputera mewakili separuh daripada kumpulan pendapatan T20. Adapun realitinya tidak seindah disangka. Warga kota, terutama generasi kebelakangan, ditekan oleh pelbagai jerih perih kehidupan susulan kos sara hidup yang tinggi, pendapatan yang tidak sejajar, dan masalah-masalah lewat perancangan pembangunan. Justeru, penganjuran webinar ini bertujuan merungkai beberapa masalah yang mendasari dilema warga kota – menarik perhatian berhubung masalah kemiskinan kota dan dampak daripada dasar ekonomi dan dasar pembangunan negara sejak kemerdekaan.

Anda dijemput ke sebuah Webinar untuk bersama-sama dengan para panelis merungkai persoalan di atas:

Tarikh: 6 Ogos 2020 (Khamis)
Masa: 4.00 - 5.30 petang
Lokasi maya: Google Meet

Panelis
1. Hawati Abdul Hamid, Penyelidik Kanan, Khazanah Research Institute
2. Ammar Atan, Pengurus Program, Institute for R&D of Policy (IRDP)
3. Hafiz Noor Shams, Felo Pelawat, Research for Social Advancement (REFSA)

Moderator: Zati Hanani, Koordinator Program, Institute for R&D of Policy (IRDP)

Daftar segera di bit.ly/miskinkota sebelum hari Selasa, 4 Ogos 2020 untuk berada bersama dalam Webinar ini.

Webinar akan turut disiarkan secara langsung di Facebook Page IRDP Malaysia dan REFSA - Research for Social Advancement
Nama *
Organisasi *
Emel *
No Telefon *
e.g. 012-3456789
Sebarang soalan kepada ahli panel?
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service - Privacy Policy