PERTANDINGAN TULISAN KHAT
SEMPENA SAMBUTAN DUA DEKAD KIAS

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Peralatan

a. Peserta perlu membawa sendiri peralatan menulis khat.
b. Hanya kertas khas akan disediakan dan diberi semasa pertandingan. Saiz kertas berukuran A3
c. Peserta hanya dibenarkan menggunakan dakwat berwarna hitam sahaja.

2. Masa yang diperuntukkan : 1 jam 30 minit sahaja.

3. Syarat & Peraturan

a. Setiap hasil karya yang dipertandingkan hendaklah ditulis mengikut ayat yang telah ditetapkan.
b. Lampiran ayat akan diedarkan oleh pihak penganjur semasa pertandingan dimulakan.
c. Bahan rujukan tidak dibenarkan dibawa ke dewan pertandingan.
d. Peserta dikehendaki menulis menggunakan kaedah penulisan Khat Nasakh dan Khat Thuluth sahaja.
e. Peserta perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk menentukan ayat manakah yang akan ditulis dengan khat nasakh dan khat thuluth.
f. Ragam hias diambil kira sebagai markah tambahan.
g. Peserta tidak dibenarkan menulis nama di bahagian hadapan kertas.
h. Peserta perlu menggunakan tidak kurang dari 70% permukaan kertas dalam membuat karya.
i. Gaya penyusunan khat adalah bebas dan bersesuaian dengan landasan syariat Islam.

4. Pemarkahan

a. Penilaian adalah berdasarkan kaedah dan kreativiti para peserta menyusun ayat.
b. Penilaian akan dibuat terhadap kaedah penulisan khat dengan menggunakan kaedah Resam Uthmani.
c. Keseimbangan huruf.
d. Kebersihan penulisan huruf dan hasil karya.
e. Penilaian tarkib huruf atau kreativiti penyusunan huruf.
f. Keputusan penghakiman adalah muktamad.
g. Semua karya yang dipertandingkan menjadi hak penganjur.
h. Markah akan dipotong jika didapati salah ayat atau baris yang terdapat dalam Al-Quran.

5. Ayat Pertandingan

a. Soalan/ayat pertandingan akan diberi pada hari pertandingan.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
NAMA
NO KAD PENGENALAN
NO TELEFON
EMAIL
KATEGORI
Clear selection
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy