Borang Permohonan Rintis Niaga Negeri Sembilan bagi tahun 2019
Ini adalah borang permohonan untuk program Rintis Niaga 2019 bagi Negeri Sembilan sahaja.

Sila baca sehingga habis terlebih dahulu sebelum meneruskan pengisian borang.

Sebarang soalan boleh terus hubungi GIATMARA Negeri Sembilan di talian 06-7687280
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Tarikh Tutup Permohonan
30 Januari 2019 atau sehingga borang ini ditutup
Pengenalan Program Rintis Niaga
Rintis Niaga adalah jenama untuk program keusahawanan inkubator GIATMARA. Program usahawan inkubator GIATMARA telah mula dilaksanakan pada tahun 2006 dengan fokus kepada lepasan pelatih GIATMARA yang baru mula berniaga.
Program Rintis Niaga menawarkan pakej bantuan perniagaan yang merangkumi:
1) Peralatan - tidak melebihi RM 5000
2) Modal Mula (wajib membuka akaun bank syarikat) - RM 1000
3) Latihan Keusahawanan (wajib hadir) dan business coaching
Tempoh Program & Peraturan Am
Program ini akan berlangsung selama 2 tahun bermula daripada tarikh anda tamat menjalani kursus Latihan Keusahawanan Teknikal (LKT).

Bagi tempoh 2 tahun tersebut, anda perlu:

1) Menghantar laporan prestasi perniagaan setiap hujung bulan
2) Tidak dibenarkan menjual atau meminjamkan peralatan yang diterima
3) Perlu hadir ke apa jua program / perjumpaan yang akan diberitahu oleh pihak GIATMARA dari semasa ke semasa
4) Melakukan perniagaan secara sepenuh masa, tidak dibenarkan bekerja / belajar sambil berniaga. (kecuali belajar / bekerja secara sambilan)

Jika dalam tempoh 2 tahun tersebut, anda melanggar apa jua arahan diatas tanpa alasan yang kukuh, bantuan yang diterima boleh ditarik balik.

Syarat-syarat wajib perlu dipenuhi pemohon
1) Telah tamat latihan / kursus di GIATMARA dalam bidang Soft Trade berikut:
          -Teknologi sistem komputer
          -Computer system and networking
          -Fashion and dressmaking
          -Hiasan dalaman
          -Mens jacket apparel
          -Pattern cutting and garment production
          -Seni sulaman kreatif
          -Seni reka gaya rambut
          -Solekan dan terapi kecantikan
          -Child care and family services
          -Holistic and wellness spa
          -Confectionary and bakery
          -Masakan dan pramusaji
          -Teknologi percetakan
          -Desktop publishing artist
          -Teknologi fotografi
2) Baru ingin mula berniaga atau baru mula berniaga kurang daripada 2 tahun
3) Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana bank atau agensi kerajaan yang lain
4) Berumur 21 - 40 tahun pada tahun 2019
Lepas syarat-syarat di atas?
Jika ya, TAHNIAH !! Anda layak untuk memohon ke program Rintis Niaga ini.

Sila isikan alamat emel anda di bawah dan tekan butang NEXT / TERUSKAN

NOTA: Sila pastikan emel anda betul dan anda boleh login masuk ke emel tersebut
E-mel
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of GIATMARA.