ACU - APPLICATION FOR COURSE UPGRADE BORANG MENINGGI TAHAP
- Application FOR PROGRAM UPGRADE
PENTING:
Kepada semua penuntut Biasiswa Kerajaan Tahun Akhir pengajian kursus program
ijazah pertama dan lanjutan yang dijangka menamatkan pengajian pada akhir sesi
2016/2017 dan bukan diikatjanji sebagai Pendidik, adalah dipelawa untuk
menghadapkan permohonan secara bertulis dan menghadapkan Borang Meninggi
Tahap secara online. Tarikh tutup menghantar surat serta borang permohonan
sebelum 20 April 2017.

Sehubungan itu, penuntut-penuntut adalah disarankan untuk membaca, meneliti
dan memahami syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Pemberitahuan
Kementerian Pendidikan, Bilangan: 14/ 2016. Surat pemberitahuan tersebut boleh
dimuatturun dari pautan http://moe.gov.bn/resources/downloads

PANDUAN MENGISI BORANG MENINGGI TAHAP
1. Borang yang telah diisi hendak lah dikembalikan ke Unit Ataci Pendidikan,
Canberra beserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup
yang dinyatakan dalam Surat Pemberitahuan 01 Jun
2016. Borang yang dihadapkan selepas tarikh tutop lewat tidak akan dilayan.

2. Pelajar hendaklah meyatakan DUA (2) pilihan kursus mengikut keutamaan dan
hendaklah daripada tajuk kursus yang disenaraikan di dalam Surat-Surat
Pemberitahuan;

3. Menyediakan SATU (1) kertas cadangan (Proposal Dissertation) lebih kurang
daripada 1500 - 3000 patah perkataan. Urutan rangka tajuk kertas cadangan adalah
seperti berikut:-
- Pendahuluan
- Latar Belakang Kajian
- Bidang Kajian
- Objektif Kajian
- Permasalahan Kajian
- Tinjauan Kajian
- Metodologi Kajian
- Kepentingan Kajian
- Cadangan Kajian
- Rujukan
- Jadual Rancangan Penyelidikan

4. Menyertakan dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah dengan lengkap.
a. Salinan surat tawaran tempat pengajian;
b. Surat sokongan daripada pihak universiti atau institusi. Bagi yang belum
menerima sebarang tawaran, sila hadapkan surat tawaran ke UAPC sebaik
sahaja diperolehi.
c. Butiran kandungan (course content/structure/summary/ outline) kursus
yang dipohonkan;
d. Keputusan keseluruhan tahun akhir yang telah disahkan oleh pihak universiti/
institusi. Sila hadapkan keputusan keseluruhan ke UAPC sebaik sahaja diperolehi.
e. Sijil peperiksaan GCE ‘O’ Level/ A-Level/ IB/ IELTS dan salinan sijil-sijil atau
anugerah lain yang pernah diterima dan telah disahkan oleh Jabatan Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan, Pengetua, atau Pendaftar Mahkamah - jika ada.
f. Maklumat Sistem Penggredan Universiti (Grading System).

PERINGATAN
1. Pelajar-pelajar dinasihatkan untuk terlebih dahulu memahami dan meneliti syarat
-syarat utama dan tambahan bagi memohon kursus Ijazah Lanjutan, Ikhtisas dan
Ijazah Falsafah Kedoktoran sepertimana yang ditetapkan di dalam Surat-Surat
Pemberitahuan Kementerian Pendidikan.
2. Pelajar-pelajar adalah juga disarankan untuk membuat perancangan serta
pemilihan kursus secara teratur sebelum menghadapkan permohonan
Meninggi Tahap Pengajian bagi mana-mana sesi pengajian
3. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk merancang dan menyediakan
kertas cadangan lebih awal dan teratur terutama sekali sebelum peperiksaan
akhir tahun.
4. Sebagaimana lazimnya dan sedia maklum, proses penilaian adalah berpandukan
kepada syarat-syarat yang tetah ditetapkan di dalam Surat Pemberitahuan
Kementerian Pendidikan termasuklah prestasi akademik, pemilihan kursus dan
universiti serta sesi Multiple Mini Interview (MMI).
5. Pelajar-Pelajar persendirian yang berhasrat untuk memohon Biasiswa Kerajaan
hendaklah menghadapkan permohonan masing-masing terus ke Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan.

PELAJAR-PELAJAR YANG DIIKATJANJI SEBAGAI PENDIDIK
1. Disarankan JUGA untuk memohon secara online bagi mengikuti kursus MTeach di
Universiti Brunei Darussalam melalui pautan laman sesawang institusi tersebut di
https://apply.ubd.edu.bn/orbeon/uis-welcome/forms/master-research/
2. Sila layari laman sesawang Universiti Brunei Darussalam bagi mendapatkan
maklumat lanjut tarikh tutup permohonan kursus-kursus yang ditawarkan.
melalui pautan sesawang ini, https://apply.ubd.edu.bn/orbeon/uis-welcome/

PELAJAR-PELAJAR PERSENDIRIAN
1. Pelajar persendirian yang berminat untuk meninggi tahap adalah dikehendaki
untuk memohon terus ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Politeknik Brunei. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms