Perkhidmatan Pinjaman Melalui Pos Perpustakaan UKM
1. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada warga UKM yang mendaftar sebagai ahli perpustakaan.
2. Maklum balas dalam tempoh 3 hari akan diberikan kepada pemohon samada permohonan berjaya atau gagal.
3. Had pinjaman adalah 2 buah buku bagi 1 permohonan dan pemohon boleh memohon lebih dari 1 permohonan berdasarkan kelayakan pinjaman mengikut kategori pemohon.
4. Kos penghantaran bagi peminjaman ditanggung oleh Perpustakaan.
5. Alamat pos perlu lengkap untuk menjamin buku selamat sampai ke destinasi
6. Destinasi penghantaran bagi perkhidmatan ini adalah ke seluruh Malaysia, kecuali sekitar Bangi dan Kajang. Pemohon yang berada di sekitar Bangi dan Kajang boleh menggunakan perkhidmatan "Drive Thru" Perpustakaan UKM.
7. Jenis bahan yang dibenarkan untuk pinjaman adalah semua bahan bercetak dari koleksi Am kecuali;
a) Bahan naskah tunggal
b) Bahan berharga mahal
c) Bahan bersiri/jilid
d) Buku yang terlalu tebal / berat
e) Bahan Multimedia
f) Bahan Koleksi Khas
g) Bahan Koleksi Rujukan

Perpustakaan UKM berhak untuk tidak memproses permohonan bagi bahan yang termasuk didalam kategori diatas.

8. Bahan yang akan dibekalkan kepada pemohon adalah bahan berstatus “Available” dan kondisi bahan dalam keadaan baik sahaja.
9. Kos penghantaran bagi pemulangan bahan ditanggung oleh pemohon.
10. Proses pemulangan bahan yang dipinjam perlu dilakukan sebelum tarikh tamat tempoh pinjaman.
11. Kerosakan / kehilangan bahan ketika penghantaran dan pemulangan adalah atas tanggungjawab pemohon.
12. Proses pengeposan akan dilakukan pada setiap hari Khamis dan permohonan yang dibuat selepas hari Selasa akan dipos pada hari Khamis minggu berikutnya.
12. Pemohon adalah tertakluk kepada segala peraturan dan polisi Peminjaman Perpustakaan UKM.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan ke emel ini, sirkulasipos@gmail.com
Email *
Nama pemohon/Name: *
No.matrik/Matric No.: *
No. telefon/ Mobile Phone Number: *
Fakulti / Faculty: *
Alamat penuh/ Full Address: *
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Kebangsaan Malaysia. Report Abuse