Time for minimum 30 percent women's representation in cabinet
[Versi Bahasa Melayu Di Bawah]

11 May 2018

Time for minimum 30 per cent women's representation in cabinet

Open Letter
Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamed,

Prime Minister of Malaysia and Chairperson of the Pakatan Harapan Presidential Council.

It can be said that the outcome of the 14th general election is as momentous as the formation of Malaysia 55 years ago. Defying all odds, the people have willed into reality our deep longing for a new nation. Voters have entrusted Pakatan Harapan with the responsibility to right all that has been wrong for so long in Malaysia, and this includes the lack of women’s representation in cabinet.

The 14th general election saw women registered voters outnumbering men in all but two states and one Federal Territory. Women, historically and in the recent election, also played a pivotal role within Pakatan Harapan, which led to its stunning and historic success. These women gave their best to bring about a new dawn in Malaysia despite the low number of women candidates fielded for parliament and state assembly. This is a testimony of women’s desire to see change that will address their issues and concerns. Women’s participation in the electoral process cannot largely remain only as voters. There needs to be more substantive participation, especially in decision-making. It would be glaringly unjust if women are overlooked yet again in the formation of a new cabinet.

Since Fatimah Hashim was appointed as the first woman minister 49 years ago in 1969, we have not seen more than three women appointed as full ministers in any administration. This has had major negative implications for Malaysia, where women are often left outside of decision-making in various sectors affecting all women across ethnicity, religion, geographical locality, socio- economic status and other markers. For example, women have for too long been left out of decision-making in relation to Muslim family laws. As a result, muslim women continue to face institutional inequalities in terms of their rights to divorce and maintenance.

We hear and laud your commitment to eliminate discrimination against women in your speech on the eve of the 14th general election. While we celebrate Pakatan Harapan's decision to make Datuk Seri Wan Azizah Ismail as Malaysia’s first woman Deputy Prime Minister, her appointment alone is not enough.

We have waited too long for meaningful representation in cabinet and can no longer accept the justification that women are not ready to lead ministries. The new cabinet will be largely made up of people, including men, who have little or no experience in the federal government. This presents a great opportunity to reflect the new government's commitment to include women in key decision-making posts, commensurate with their potential and experiences to contribute to good governance.

For appointments of ministers, we ask you to consider from Pakatan Harapan's 20 women elected parliamentarians. We highlight some of the strengths of the following candidates:

• Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh, PKR)

— BSc in Electrical and Electronic Engineering, MA in International Relations (Johns Hopkins Univeristy)

— A third-term parliamentarian and vice president of PKR who has been consistent in upholding freedom of assembly and expression, as well as other human rights issues in Malaysia.

• Hannah Yeoh (Segambut, DAP)

— BA in Law (University of Tasmania)

— Former Speaker and two-term member of the Selangor state assembly, first-term parliamentarian and vice chairperson of DAP's women's wing. Her politics is driven by a desire to end corruption and racism in Malaysia.

• Kasthurirani Patto (Batu Kawan, DAP)

— BSc in Microbiology (University of Malaya) 

— A second-term parliamentarian, former political secretary to Lim Kit Siang and publicity secretary of DAP's women's wing. She champions human rights, diversity and issues concerning national security.

• Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya, Independent)

— BSc in Applied Economics, MSc in Urban Planning (University of London)

— Former chairperson of BERSIH and a first-term parliamentarian who has long worked on issues related to good governance, electoral reform, trade and women's human rights.

• Teresa Kok (Seputeh, DAP)

— BA in Communications and Political Science, MPhil in Political Science (University of Malaya)
 — A fifth-term parliamentarian, DAP deputy secretary-general and former Parliamentary Select Committee member who champions law reforms to uphold human rights in Malaysia.


• Zuraida Kamaruddin (Ampang, PKR)

— BA in Social Science (University of Singapore)

— A third-term parliamentarian and chairperson of Selangor's Institute Wanita Berdaya who champions women's human rights and has been actively working to increase women's political representation.

• Fuziah Salleh (Kuantan, PKR)

— BA in Counseling Psychology, MA in Business Administration (University of Wales)

— A second-term parliamentarian and PKR central executive committee member known for her commitment in environmental protection. 


• Teo Nie Ching (Kulai, DAP)

— BA in Law (University of the West of England)

— A third-term parliamentarian and secretary of DAP's women's wing who champions people's access to their basic rights including to health services and water, and women's human rights.

• Alice Lau (Lanang, DAP)

— BSc in Pharmacy, MPharm in Pharmacy (University of Strathclyde)

— A second-term parliamentarian who created history when she became the first woman to be fielded by the opposition in Sarawak. She is committed to issues concerning indigenous people's rights, poverty alleviation, rural development and education.

• Yeo Bee Yin (Bakri, DAP)

— BSc Chemical Engineering, MPhil in Advanced Chemical Engineering (Cambridge University) 
 — Former Selangor state assembly representative and first-term parliamentarian committed to issues of poverty alleviation, youth and education as well as political participation of young people.

• Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud, Warisan) 

— BSc in Electrical And Electronic Engineering (University of Malaysia Sabah)

— Parti Warisan Sabah's Wirawati chief and first-term parliamentarian focused on issues including environmental protection, young women's rights and rural development.

The list above is far from exhaustive. There are many other well qualified candidates, but the above is used to illustrate that there are enough capable women whom you can appoint as ministers in the new cabinet.

Transformation can only happen with greater inclusion and leadership of diverse women in this country. This should be a core aspect of Malaysia's commitment to gender equality, to reflect this equality in cabinet.

The people have chosen. We trust that your wisdom informed by the will of the people, will guide you to choose well.

Prepared and signed by the following women’s rights advocates and activists:
• Angela M. Kuga Thas
• Jac sm Kee
• Juana Jaafar
• Rozana Isa
• Rusaslina Idrus
• tan beng hui
• thilaga

----
For more information, please contact 30peratus@gmail.com

To see the list of signatories, please click here: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1oOfoM4aX3Mlza6rrjJ5Un2R75SrZ8vxMZZV-ETkMAew/edit?usp=sharing

----
Surat Untuk Pengarang
11 Mei 2018

Sudah Tiba Masa Untuk Minima 30 Peratus Perwakilan Wanita Di Dalam Kabinet

Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan

Boleh dikatakan bahawa kesudahan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 merupakan peristiwa yang sangat penting, sama seperti peristiwa pembentukan Malaysia, 55 tahun yang lepas. Rakyat telah menentang segala kemungkinan, dan membolehkan harapan yang sangat mendalam untuk negara bangsa yang baru sehingga menjadi realiti. Pengundi telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan dengan tanggungjawab untuk memperbetulkan segala yang telah sekian lama salah di Malaysia, dan ini termasuklah masalah kekurangan perwakilan wanita di dalam kabinet.

Pilihan Raya Umum Ke-14 melihat penyertaan wanita sebagai pengundi berdaftar melebihi jumlah pengundi lelaki di semua tempat kecuali dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan. Wanita dalam pilihan raya dahulu dan kini, serta dalam sejarah Pakatan Harapan sendiri, telah memainkan peranan yang penting dalam membawa kejayaan yang besar dan bersejarah kali ini. Wanita-wanita ini telah memberi yang terbaik untuk sebuah permulaan baru di Malaysia, meskipun terlalu kurang calon wanita yang ditandingkan untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ini adalah bukti kemahuan wanita untuk melihat perubahan yang akan menangani isu-isu dan permasalahan yang dihadapi mereka. Penyertaan wanita dalam sistem pilihanraya tidak boleh sekadar peranan sebagai pengundi. Wanita sepatutnya menyertai sistem dengan lebih substantif, terutama dalam proses pembuat keputusan. Adalah amat jelas tidak adil jika wanita diketepikan sekali lagi di dalam pembentukan kabinet baru.

Sejak perlantikan Fatimah Hashim sebagai menteri wanita yang pertama 49 tahun lalu, pada tahun 1969, kita masih belum pernah melihat lebih daripada 3 menteri wanita yang dilantik sebagai menteri penuh di dalam mana-mana pentadbiran di Malaysia. Hal ini membawa kesan negatif yang besar di Malaysia, di mana wanita sentiasa ditinggalkan dan dibelakangi ketika proses pembuatan keputusan di dalam pelbagai sektor, yang memberi kesan kepada wanita pelbagai etnik, agama, kawasan geografi, status sosio-ekonomi dan pelbagai jenis penanda lain. Contohnya, wanita telah terlalu lama dibelakangkan daripada proses pembuatan keputusan yang berkaitan dengan perundangan keluarga Islam. Hasilnya, wanita Muslim terus menerima ketidaksaksamaan institusi dalam hak penceraian dan nafkah.

Kami telah mendengar dan kami memuji komitmen Tun untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam ucapan Tun pada malam sebelum pilihanraya. Kami meraikan keputusan Pakatan Harapan untuk menjadikan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama, namun perlantikan beliau sahaja tidak memadai.

Kami telah menunggu terlalu lama untuk perwakilan wanita yang lebih bermakna dalam kabinet, dan kami tidak lagi boleh menerima justifikasi bahawa wanita belum bersedia untuk memimpin kementerian-kementerian. Kebanyakan ahli kabinet baru akan terdiri daripada orang baru yang kekurangan pengalaman, atau tiada pengalaman langsung di dalam kerajaan persekutuan, termasuklah lelaki. Ini membuka peluang untuk mencerminkan komitmen kerajaan baru untuk memasukkan wanita di dalam jawatan pembuatan keputusan yang penting, sepadan dengan potensi dan pengalaman mereka untuk menyumbang kepada pentadbiran yang baik.

Untuk pelantikan menteri-menteri, kami meminta Tun untuk mempertimbangkan 20 orang ahli parlimen wanita daripada Pakatan Harapan. Kami ingin menyerlahkan kekuatan beberapa orang calon yang tersenarai berikut:

• Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh, PKR)
— Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Ijazah Sarjana di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa (John Hopkins University)
— Ahli parlimen selama tiga penggal, dan timbalan presiden PKR yang telah menegakkan kebebasan berhimpun dan berekspresi secara konsisten, dan juga pelbagai isu hak asasi manusia yang lain di Malaysia.

• Hannah Yeoh (Segambut, DAP)
— Ijazah Sarjana Muda Perundangan (University of Tasmania)
— Bekas Speaker dan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor selama dua penggal, ahli parlimen penggal yang pertama dan timbalan ketua wanita DAP. Beliau menyertai politik untuk menghentikan rasuah dan rasisme di Malaysia.

• Kasthurirani Patto (Batu Kawan, DAP)
— Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mikrobiologi (Universiti Malaya)
— Ahli parlimen untuk penggal yang kedua, dan dahulunya merupakan setiausaha politik untuk Lim Kit Siang dan setiausaha publisiti untuk Wanita DAP. Beliau mempertahankan hak asasi manusia, kepelbagaian dan isu yang bersangkutan dengan keselamatan negara.

• Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya, Bebas)
— Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi Gunaan, Ijazah Sarjana di dalam Perancangan Bandar (University of London)
— Dahulunya merupakan pengerusi BERSIH dan kini merupakan ahli parlimen penggal pertama. Beliau telah lama bekerja di dalam isu yang berkaitan tadbir urus yang baik, pembaharuan pilihan raya, perdagangan dan hak asasi wanita.

• Teresa Kok (Seputeh, DAP)
— Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Komunikasi dan Sains Politik, Ijazah Sarjana di dalam bidang Sains Politik (Universiti Malaya)
— Ahli parlimen untuk penggal yang kelima, timbalan setiausaha agung DAP dan bekas ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang mempertahankan perubahan perundangan untuk menegakkan hak asasi manusia di Malaysia.

• Zuraida Kamaruddin (Ampang, PKR)
— Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Sains Sosial (National University of Singapore)
— Ahli parlimen penggal yang ketiga, dan pengerusi Institut Wanita Berdaya Selangor yang mempertahankan hak asasi wanita, dan telah bekerja secara aktif untuk meningkatkan penyertaan politik wanita.

• Fuziah Salleh (Kuantan, PKR)
— Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Psikologi Kaunseling, Ijazah Sarjana di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (University of Wales)
— Merupakan ahli parlimen untuk penggal yang kedua, dan merupakan ahli jawatankuasa eksekutif pusat PKR. Beliau dikenali dengan komitmen tinggi dalam bidang perlindungan alam sekitar.

• Teo Nie Ching (Kulai, DAP)
— Ijazah Sarjana Muda Perundangan (University of the West of England)
— Ahli parlimen untuk penggal yang ketiga, dan setiausaha Wanita DAP yang mempertahankan akses rakyat kepada hak asasi, termasuklah perkhidmatan kesihatan dan air, dan juga hak asasi wanita.

• Alice Lau (Lanang, DAP)
— Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Farmasi, Ijazah Sarjana dalam bidang Farmasi (University of Strathclyde)
— Ahli parlimen untuk penggal yang kedua yang mencipta sejarah ketika menjadi wanita pertama yang dipertandingkan oleh pembangkang di Sarawak. Beliau sangat komited di dalam isu hak asasi orang asal, isu kemiskinan, pembangunan luar bandar dan pendidikan.

• Yeo Bee Yin (Bakri, DAP)
— Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Kimia Lanjutan (Cambridge University)
— Merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri, dan kini merupakan ahli parlimen penggal pertama yang komited di dalam isu kemiskinan, belia dan pendidikan, dan juga penyertaan politik orang muda.

• Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud, Warisan)
— Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Universiti Malaysia Sabah)
— Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah, dan ahli parlimen untuk penggal yang pertama yang berfokus kepada isu-isu perlindungan alam sekitar, hak asasi wanita muda dan pembangunan luar bandar.

Senarai di atas jauh daripada lengkap. Terdapat ramai lagi calon yang sangat layak, tetapi senarai di atas kami gunakan untuk menunjukkan bahawa terdapat banyak wanita yang berkemampuan untuk dilantik sebagai menteri dalam kabinet baru.

Transformasi hanya akan terjadi dengan inklusi yang lebih besar, dan kepimpinan wanita yang pelbagai di dalam negara ini. Hal ini sepatutnya menjadi aspek teras komitmen Malaysia terhadap kesaksamaan gender, dengan mencerminkan kesaksamaan ini di dalam kabinet.

Rakyat telahpun memilih. Kami percaya akan kebijaksanaan Tun yang termaklum melalui kemahuan rakyat akan membantu dalam perlantikan yang lebih baik.

Disediakan dan ditandatangani oleh penyokong dan aktivis hak asasi wanita seperti berikut:

Angela M. Kuga Thas
Jac sm Kee
Juana Jaafar
Rozana Isa
Rusaslina Idrus
tan beng hui
thilaga

Please add your name if you support this call. Sila tandakan nama sekiranya anda setuju *
Your answer
Further comments. Komen selanjutnya
Your answer
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service