BORANG PENCADANG SKIM INSENTIF
Borang ini merupakan Borang Skim Insentif bagi pencadang yang mencadangkan calon pelajar baru KUIM.
Pencadang WAJIB untuk mengisi semua bahagian.
Bagi Staf atau pelajar KUIM sila masukkan No Staf atau No Matrik anda sebagai kod pencadang.
Bagi Majlis Guru Kaunseling Negeri Melaka sila masukkan No Pendaftaran Sekolah sebagai kod pencadang.
Bagi orang awam sila masukkan No Kad Pengenalan sebagai kod pencadang.

Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah BENAR.
Hanya yang mempunyai kod pencadang sahaja dibenarkan membuat tuntutan bayaran.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Pemasaran dan Promosi KUIM di talian 06 - 387 8458

Email address *
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Satu salinan borang permohonan pelajar baru atas talian yang dicadangkan.
2. Satu salinan Kad Pengenalan dan Keputusan SPM, STPM, STAM, DIPLOMA & MATRIKULASI pelajar.

Borang pencadang ini hendaklah dicetak (print) dilampirkan bersama dengan dokumen yang diperlukan seperti di atas dan WAJIB diemelkan kepada skiminsentif@kuim.edu.my ATAU serahan tangan ATAU poskan ke Unit Pemasaran dan Promosi (KUIM).

Syarat Pencadang bagi Program Skim Insentif
1. Tidak boleh digunapakai untuk anak kandung dan tanggungan.
2. KUIM tidak akan memberi TUNAI kepada pihak ketiga atau wakil pencadang.
3. Pencadang tertakluk kepada syarat-syarat bagi pemberian insentif.
4. Pihak KUIM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang dikeluarkan oleh pencadang dalam proses mencari
pelajar baru.
5. Pembayaran insentif akan dibayar kepada pencadang setelah pelajar yang mereka daftar masuk belajar di KUIM
selepas dua (2) bulan sesi pengajian berlangsung.
6. Pembayaran insentif akan dibayar melalui akaun pencadang.
7. Unit yang bertanggungjawab memastikan kesahihan pendaftaran pelajar baru yang dibawa oleh pelajar KUIM atau
pencadang adalah unit pemasaran dan promosi dan unit kemasukan pelajar.
8. Tuntutan yang tidak memenuhi syarat atau lewat (dikemukakan pada semester yang berikutnya) tidak akan dibayar.
9. Tertakluk kepada kemasukan Sesi I & II 2018/2019 sahaja.
10. Tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan.
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Kolej Universiti Islam Melaka. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms