Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sentiasa komited dalam usaha menyokong dan memperkasa mahasiswa yang menjalankan aktiviti perniagaan serta keusahawanan sepanjang tempoh pengajian.
Sehubungan itu, mahasiswa/i UTHM yang sedang menjalankan perniagaan adalah dipelawa untuk memohon Skim Pinjaman Perniagaan Pelajar (SPPP) UTHM bagi mendapatkan bantuan sokongan perniagaan tertakluk kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan.
Permohonan adalah dibuka sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh pihak PTU dan akan disemak secara berkala mengikut sesi penilaian semasa. Pemohon diminta memastikan semua maklumat dan dokumen sokongan dilengkapkan dengan tepat bagi melancarkan proses semakan permohonan.
Pihak PTU berhak menghubungi pemohon bagi tujuan pengesahan maklumat, sesi pembentangan atau temuduga sekiranya diperlukan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui emel rasmi pelajar atau saluran komunikasi berkaitan.
DOKUMEN RUJUKAN DAN MUAT TURUN
Sila rujuk dan muat turun dokumen berikut sebelum mengisi borang permohonan:
- Garis Panduan Skim Pinjaman Perniagaan Pelajar
- Proses Kerja Skim Pinjaman Perniagaan Pelajar
- Borang Permohonan Skim Pinjaman Perniagaan Pelajar
- Jadual Bayaran Balik Skim Pinjaman Perniagaan Pelajar
PERINGATANPemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan dimuat naik dengan lengkap dan jelas. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan diproses.Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam menjayakan inisiatif ini amat dihargai.
Pusat Teknousahawan Universiti (PTU)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia