PENDAFTARAN & PENGESAHAN UJIAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU (1) SRA INTEGRASI SEKSYEN 19 SHAH ALAM TAHUN 2020
TARIKH PENDAFTARAN ADALAH PADA 1 APRIL HINGGA 30 APRIL 2019 (hari bekerja sahaja).

SYARAT PERMOHONAN

1. Calon, Ibu dan Bapa mestilah Warganegara Malaysia ;
Keutamaan diberikan kepada calon, ibu dan bapa kelahiran Negeri Selangor dan beralamat di negeri Selangor atau telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di Negeri Selangor (perlu dapatkan pengesahan).

2. Berumur 7 tahun pada tahun kemasukan (02.01.2013 hingga 01.01.2014).

3. Calon telah mendaftar Tahun Satu (1) di Sekolah Kebangsaan.

4. Pemilihan kemasukan murid adalah berdasarkan kelayakan seperti berikut ;
a- Murid telah mendaftar di sebuah Sek. Ren. Agama Integrasi Negeri Selangor (SRAI).
b- Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS).
c- Lulus dengan baik UKS.
d- Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI.

5. Calon yang berjaya dalam pemilihan akan ditawarkan melalui surat tawaran yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

6. Tiada keutamaan diberikan kepada permohonan bagi kategori seperti berikut ;
6.1. Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah.
6.2. Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI.
6.3. Calon memohon untuk bertukar ke sekolah SRAI yang lain setelah mendapat tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI.

Nota ;
• Tahap kelulusan adalah berdasarkan keputusan terbaik dan jumlah kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.

PENDAFTARAN INI DIISI SETELAH MENGHANTAR BORANG PENDAFTARAN KE PEJABAT. SILA LENGKAPKAN MAKLUMAT DENGAN BETUL.
NO PENDAFTARAN UKS. cth : SRAIS19/UKS/001 *
* NO PENDAFTARAN UKS diberi setelah menghantar 'Borang Pendaftaran' ke pejabat sekolah. Pastikan mendapat no pendaftaran UKS untuk mengisi permohonan 'online' ini.
Your answer
BILIK UJIAN (UKS). cth : A *
* Masukkan no Bilik Ujian/Kelas untuk ujian kelayakan.
Your answer
NO MEJA UJIAN (UKS). cth : 12 *
* Masukkan no Meja untuk ujian kelayakan.
Your answer
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service