KAJIAN PELAKSANAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING BERWARNA HITAM OLEH MURID KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) prihatin berkaitan isu warna kasut sekolah dalam kalangan murid. Dapatan libat urus menunjukkan bahawa majoriti responden termasuk ibu bapa bersetuju dengan pemakaian kasut berwarna hitam berbanding kasut berwarna putih oleh murid sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju bahawa pemakaian kasut hitam dan stoking hitam akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula pada sesi persekolahan 2019 hingga tahun 2021.

Justeru, KPM ingin mendapatkan dapatan data pelaksanaan pemakaian kasut hitam di peringkat sekolah. Pihak sekolah perlu mengisi kajian pelaksanaan ini sebelum atau pada 31 Januari 2020. Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.


Sektor Pembangunan Sahsiah Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
03-8884 9339
03-8884 9433
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of eDidik dot edu. Report Abuse