Pendaftaran Wacana Sejarah Minangkabau & Negeri Sembilan 2026  

Salam Sejarah dan Salam Perpaduan.

Dengan penuh takzim, kami membawakan kepada anda sebuah siri ilmu terbaharu yang khusus menelusuri akar budi dan sejarah Ranah Minang serta Negeri Sembilan.

Bagi tahun 2026,  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM), Naning Strategic Research Center (NSRC) serta Persatuan Cendekiawan Minangkabau Malaysia (PCMM), dengan sukacitanya melancarkan siri wacana yang akan membedah naskhah purba, menelusuri garis masa penghijrahan, serta menghayati falsafah Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah.

Siri terbaharu ini menjanjikan kupasan mendalam tentang keunikan sistem matrilokal, kedaulatan institusi beraja, dan mutiara ilmu yang membentuk jati diri masyarakat di kedua-dua wilayah ini.

Mari bersama-sama kita menyingkap tabir Sejarah Minangkabau & Negeri Sembilan!

  1. 2 MEI - "Jejaring Kekuasaan Raja-Raja Minangkabau di Alam Melayu" oleh Dr. Sultan Kurnia (SELESAI)
  2. 27 JUN - "Dua Dasawarsa Pendigitalan Khazanah Manuskrip Minangkabau" oleh Prof. Pramono (SELESAI)
  3. 25 JUL - "Prasasti & Sejarah Minangkabau" oleh Dr. Budi Istiawan (SELESAI)
  4. 29 OGOS - "Kerajaan Naning: Rantau Awal Minangkabau di Tanah Melayu" oleh Sdra. Luqman (SELESAI)
  5. 26 SEP - "Senibina Rumah Gadang Semenjak Awal" oleh Dr. Rozi Fitriza (PENDAFTARAN DIBUKA)
  6. 31 OKT - akan datang...  
  7. 28 NOV - akan datang...
  8. 26 DIS - akan datang...

Pendaftaran ini dibuka untuk penyediaan e-sijil, perkongsian bahan pembentangan (sekiranya ada) dan pengumpulan maklumat statistik penyertaan. Ianya penting untuk meneruskan usaha dan perancangan lain kelak.

Mohon untuk memberikan alamat emel yang sah, serta semak peti emel anda untuk salinan pendaftaran kehadiran anda.

Anda semua dijemput hadir (setelah mendaftar) melalui Aplikasi Zoom
atau mengikuti siaran langsung di FB Live @selangorlibrary / @ppfpm
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Does this form look suspicious? Report