Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak
YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

1) Syarat-syarat Kelayakan:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus 'K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
(iii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

2) Permohonan boleh dibuat melalui:
(i) Online melalui aplikasi iSarawakCare
Muat turun aplikasi di Google Play Store dan Apple App Store
Maklumat Lanjut: https://bit.ly/iSCapply

Peringatan:
(i) Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020;
(ii) Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
(iii) Permohonan ini hanya sah dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh memohon; dan
(iv) Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon untuk bantuan ini.

Bagi pemohon yang telah memohon dengan menggunakan platform Google Form, permohonan anda akan diproses. Anda tidak dibenarkan memohon di aplikasi iSarawakCare. Permohonan anda akan dibatalkan sekiranya didapati permohonan berganda dibuat.

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami melalui:
1) Tel: +6082-442050 (beroperasi mengikut waktu pejabat); atau
2) E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com
3) Laman Web: https://isarawakcaregov.com
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy