Peraduan Kongsi Kisah Anda 2.0 ini bertujuan untuk mendorong peminjam berkongsi pengalaman mereka sebagai peminjam PTPTN yang membayar balik pinjaman serta menerapkan nilai-nilai murni dan memberi inspirasi kepada orang lain melalui penghasilan video kreatif dan menarik di media sosial.
Cara penyertaan:
- Peserta perlu menghasilkan video yang kreatif dan menarik mengenai pengalaman sebagai peminjam PTPTN dan menerapkan nilai-nilai murni.
- Peserta digalakkan untuk mengikuti kandungan perkembangan semasa media sosial (trending) seperti Gaya POV (Point of View), Storytime, Mini Vlog dan/ atau A Day in My Life.
- Durasi video mestilah tidak melebihi 3 minit.
- Video perlu dimuat naik ke akaun Facebook/ Instagram/ Tiktok berserta hashtag #KongsiKisahAnda dan # CeritaPTPTN serta perlu memastikan profil akaun media sosial ditetapkan kepada mod Public.
- Peserta perlu tag akaun rasmi media sosial PTPTN, @PTPTNOfficial.
- Video perlu dimuat naik sebelum atau selewat-lewatnya 31 Julai 2026, jam 11:59 malam.