Borang Kemas Kini Alumni Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ungkapan khas saya tujukan kepada semua alumni Asasi yang kami segani dan hormati.

Melalui emel ini, besarlah harapan saya mewakili pihak pentadbiran dan pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) memohon jasa baik para alumni membantu kami untuk pengemaskinian data yang julung kali kami adakan sejak penubuhan Pusat Asasi (1977) ini sendiri.

Antara lain, aktiviti pengemaskinian kami bertujuan:

1. mengemaskini data simpanan kami,
2. mendapatkan maklumat terkini para alumni selepas tamat pengajian di Pusat Asasi ini,
iaitu adakah alumni Asasi telah;
a. meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, atau
b. terus berkhidmat di mana-mana syarikat/sektor awam, atau
c. lain-lain yang boleh dikongsi bersama.

Kami percaya dengan bantuan para alumni dan melalui bekalan data terkini kelak dapat membantu kami meningkatkan lagi mutu PASUM sebagai sebuah pusat pengajian pra-universiti yang unggul di Malaysia dan seterusnya dapat berubah ke arah global untuk persaingan dan penambahbaikan.

Justeru, besarlah harapan kami sekiranya dapat pihak alumni meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang ringkas yang kami sediakan bagi mencapai tujuan tersebut.

Segala kerjasama yang bakal kami perolehi dari para alumni, saya dahului dengan rendah diri dan ikhlas hati, mengucapkan ribuan terima kasih demi pembangunan kita bersama.

Sekian,

Profesor Madya Dr Roslinda Ithnin
Pengarah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
Universiti Malaya.


Jika ada sebarang kemuyskilan, sila hubungi;

Pn. Hazlinda: 0379675818
En. Naharudin: 0379672388
šŸ“§ alumnipasum@um.edu.my

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Maklumat-maklumat peribadi anda (Ex-Asasian) tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of University of Malaya. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms