KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK
Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik METrO Betong Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan atas kejayaan para lulusan (Sesi Disember 2017 dan Sesi Jun 2018) dan dengan ini menjemput para graduan untuk menghadiri MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong

Sila baca panduan ini sebelum melengkapkan borang pengesahan kehadiran.

i) Bayaran bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Ketiga PMBS adalah RM250.00
ii) Kaedah pembayaran adalah secara pembayaran tunai di mana-mana kaunter AGROBANK di Malaysia atas nama "KOPERASI POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK BERHAD" (No. Akaun : 1007591000001310)
iii) Pembayaran Yuran dan Pengesahan Kehadiran hendaklah dibuat sebelum atau pada 5 Mac 2019 (Selasa)
iv) Sila bawa bukti pembayaran dan borang-borang berkaitan konvokesyen semasa mengambil jubah pada 22 Mac 2019 (Jumaat) jam 9.00 pagi.
v) Borang-borang berkaitan konvokesyen boleh didapati pada laman web Politeknik METrO Betong Sarawak

Sebarang pertanyaan, sila hubungi URUSETIA URUSAN GRADUAN KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METrO BETONG SARAWAK 2019:
Cik Halimatus Saadiah binti Kariya : 013-4622180
Cik Emilyn anak Nojen : 014-5904153

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service