PENDAFTARAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Maahad Tahfiz Negeri Pahang menawarkan DUA program, iaitu :

- Program Pengurusan Tahfiz Tahap 3 (P854-001-3:2016)
- Program Pengajaran Tarannum Tahap 3 (P854-007-3:2017)
Sign in to Google to save your progress. Learn more
SOALAN LAZIM
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

❓❓ FAQ❓❓

❓1. Apakah program yang ditawarkan?
Terdapat DUA program yang ditawarkan iaitu:
1. Sijil Kemahiran Malaysia Pengurusan Tahfiz Tahap 3
2. Sijil Kemahiran Malaysia Pengajaran Tarannum Tahap 3

❓2. Bagaimana program ini dilaksanakan?
Program ini dilaksanakan dengan gabungan dua latihan iaitu Latihan Teori dan Latihan Praktikal.
- Latihan Teori akan dijalankan di Pusat Bertauliah, iaitu MTNP.
- Latihan Praktikal akan dijalankan di MTNP.

❓3. Berapakah tempoh belajar yang ditetapkan dan bilakah kemasukan?
- 1 tahun hingga 1 tahun 6 bulan
- Kemasukan : September 2024

❓4. Apakah kurikulum yang akan dipelajari oleh perantis?

1. Sijil Kemahiran Malaysia Pengurusan Tahfiz Tahap 3
1.1 Pengajaran Tahfiz Al-Quran dan Tajwid (Hafazan Juzuk 30 dan Juzuk 1 hingga 4)
1.2 Pengajaran Tahfiz Al-Quran dan Tajwid (Hafazan Juzuk 5 hingga 9)
1.3 Pengajaran Asas Fardhu Ain
1.4 Khidmat Protokol dan Etika Berpakaian
1.5 Pengurusan Penempatan dan Keselamatan
1.6 Penyeliaan infrastruktur dan Prasarana

2.Sijil Kemahiran Malaysia Pengajaran Tarannum Tahap 3
2.1 Pengajaran Asas Tarannum Bisihrin
2.2 Pengajaran Asas Tarannum Suni’a
2.3 Pengajaran Asas Tajwid
2.4 Pengajaran Waqaf dan Ibtida’
2.5 Pengajaran Asas Tabaqat Suara
2.6 Pengajaran Tafsir Surah-surah Pilihan
2.7 Pengajaran Asas Teknik Pernafasan

❓5. Adakah perantis akan menerima elaun?
Ya, perantis akan menerima elaun sebanyak RM500/sebulan.

❓6. Apakah syarat-syarat untuk memohon?
- Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
- Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik
- Hafaz sekurang-kurangnya 5 juzuk bagi permohonan Program Pengurusan Tahfiz
- Mempunyai asas Ilmu Tarannum bagi permohinan Program Pengajaran Tarannum

❓7. Siapakah yang layak memohon program ini?
- Pembantu Penolong Mudir/ Pengetua pusat tahfiz
- Pembantu Guru Tarannum
- Individu yang berminat

❓8. Kenapa perlu memilih SKM yang ditawarkan?
- Membantu pentadbir pusat tahfiz menyediakan keperluan kumpulan tenaga mahir dalam pengurusan pusat tahfiz
- Membuka ruang kerjaya dan skop kerja dalam bidang tarannum Al-Quran, seterusnya membolehkan mereka yang berkebolehan mendapat persijilan bagi memenuhi permintaan di alam pekerjaan

Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy