AAFIYAT ECONOMIC EMPOWERMENT 
Aafiyat Economic Empowerment merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Jariah-Aafiyat kepada benefisiari dengan objektif utama untuk meningkatkan pendapatan isi rumah melalui usaha menjana pendapatan melalui penawaran barangan, makanan atau perkhidmatan.  Aafiyat Economic Empowerment akan membantu dari segi :

a) Dana suntikan ransangan
b) Aset /Peralatan
c) Latihan Pemantapan Kemahiran 
d) Publisiti dan penghebahan

Syarat-syarat permohonan :

1. Warganegara Malaysia 

2. Terbuka kepada keluarga B40 dan ke bawah 

3. Pemohon berpendapatan kasar isi rumah DI BAWAH  RM 2,208 sebulan*(PLI Malaysia)/ di bawah kadar had kifayah zakat.

4. Mempunyai lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) @ Lesen Penjaja (atau sedang memohon)

5. Mempunyai tanggungan yang tinggal bersama (Ibu/bapa/adik beradik yang kurang upaya (berdaftar dengan JKM), menghidapi penyakit kronik dikategorikan sebagai tanggungan jika tinggal bersama)

6. Pemohon di bawah Had Kifayah Zakat akan diutamakan 

*Pemohon yang terpilih akan melalui proses temuramah pengesahan oleh wakil Yayasan Jariah-Aafiyat bagi pengesahan dokumen. Yayasan Jariah-Aafiyat akan menghubungi pemohon yang berjaya.

* Semua maklumat dan data peribadi yang diberikan dalam permohonan ini adalah sulit dan akan diurus, diproses, disemak, disimpan dan digunakan oleh Yayasan Jariah-Aafiyah (YJA) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan menghantar permohonan ini, pemohon memperakui dan bersetuju bahawa segala maklumat dan data peribadi yang diberikan adalah tepat dan benar, dan boleh digunakan YJA untuk tujuan yang berkaitan dengan permohonan, termasuk tetapi tidak terhad kepada untuk tujuan publisiti dan aktiviti pelaporan.   

*Segala keputusan permohonan adalah tertakluk sepenuhnya di atas Yayasan Jariah-Aafiyat

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service - Privacy Policy

Does this form look suspicious? Report