GREEN MATRIX INDEPENDENT SUPPLIER
Green Matrix Independent Supplier (GMIS) merupakan program bisnes kereta sewa yang diwujudkan oleh Green Matrix untuk membantu pengusaha kereta sewa meningkatkan pendapatan melalui rangkaian perniagaan Green Matrix. Di dalam program ini peserta akan mendapat.

1. Sistem tempahan kereta sewa online Green Matrix bernilai RM10,000.
2. Latihan melalui facebook group khas.
3. Khidmat sokongan melalui group telegram.

APA PESERTA PERLU BUAT?

1. Setiap peserta akan mendapat sistem tempahan kereta sewa online yang disediakan oleh Green Matrix. Melalui sistem ini peserta akan mendapat link tempahan khas di mana peserta boleh menerima dan mengurus tempahan secara online dengan sangat mudah. Sistem ini sangat selamat di mana setiap pelanggan yang ingin membuat tempahan perlu berdaftar dan memberikan maklumat lengkap mereka. Pelanggan juga perlu membuat bayaran 100% secara online samada melalui Maybank2u ataupun Paypal (Visa, Mastercard & Amex) sebelum tempahan disahkan. Sistem juga lengkap dengan borang perjanjian sewa online di mana ia lengkap dengan akses CTOS dan boleh membantu peserta membuat tuntutan ke atas pelanggan sekiranya terdapat sebarang tuntutan gantirugi sepanjang tempoh penyewaan.

2. Setiap tempahan yang berjaya, Green Matrix akan menolak caj perkhidmatan sebanyak 15% untuk menampung kos operasi. Potongan berkenaan adalah termasuk 6% cukai perkhidmatan dan barangan yang dikenakan ke atas Green Matrix. Green Matrix hanya mengambil 9% sebagai pendapatan kepada syarikat. Peserta yang membekalkan kereta akan mendapat bersih 85% daripada kadar yang dibayar oleh pelanggan.

3. Sekiranya peserta tiada kereta atau tidak cukup kereta, peserta boleh kongsikan tempahan yang diterima dengan peserta lain dan layak mendapat komisen sebanyak 5%. Bayaran komisen akan dibayar oleh pemilik kereta kepada peserta.

APA FAEDAH PROGRAM INI?

1. Peserta dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu membina sistem tempahan kereta sewa yang mahal.
2. Peserta dapat belajar bisnes kereta sewa daripada syarikat yang sudah berjaya.
3. Peserta dapat berniaga secara berpasukan.

BERAPA KOS PENDAFTARAN?

Pendaftaran program ini PERCUMA sahaja.

BAGAIMANA GREEN MATRIX BUAT DUIT?

Green Matrix akan menolak 15% setiap transaksi di mana 9% adalah sebagai pendapatan dan 6% adalah cukai barangan dan perkhidmatan.

BAGAIMANA NAK DAFTAR

Isikan borang pendaftaran maklumat di bawah. Kakitangan Green Matrix akan menghubungi anda dalam tempoh 24 pada hari bekerja untuk proses seterusnya.

Nama Penuh : *
Email : *
No Telefon : *
Alamat : *
Lokasi Ingin Beroperasi : *
Pekerjaan Anda Sekarang : *
Pendapatan Bulanan Anda Sekarang : *
Adakah Anda Sedang Menjalankan Bisnes Kereta Sewa? *
Sekiranya "Ya" Apa Nama Perniagaan Anda? *
Sekiranya "Ya" sudah berapa lama? *
Sekiranya "Ya" berapa unit kenderaan yang anda sekarang? *
Jenama / Model / Tahun / No Pendaftaran *
Maklumat Akaun Anda (Nama Bank) : *
No Akaun : *
Nama Penerima : *
Apakah 3 isu/masalah yang anda hadapi sekarang? :
Apakah 3 perkara yang anda harapkan dari program ini? :
Pengakuan : Saya mengaku maklumat di atas adalah benar. *
Submit
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service