PERINGATAN KEPADA PENGGUNA
Mohon mengisi butiran diri dan aduan dengan lengkap dan maklumat yang betul. Politeknik Seberang Perai (PSP) boleh untuk TIDAK MELAYAN sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. PSP juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan PSP.
PSP berhak MENOLAK aduan yang didaftarkan TANPA maklumat yang lengkap seperti nama, nombor pengenalan, nombor telefon dan alamat e-mel yang sah berserta bukti-bukti yang kukuh kerana aduan tanpa maklumat yang lengkap boleh dianggap sebagai tidak berasas dan menyerupai surat layang. Harap maklum.