Kerajaan Malaysia merancang untuk mengubah ekonomi negara sejajar dengan konsep IR 5.0 bagi membina ekosfera yang berkesan untuk usahawan teknologi. Kajian ini dijalankan bagi memahami hubungan antara kecekapan teknologi dan kesejahteraan sosial untuk mencapai prestasi yang mampan dalam era revolusi teknologi. Tinjauan ini akan mengambil masa kira-kira 15-20 minit. Semua maklumat akan dirahsiakan dan akan digunakan untuk tujuan akademik semata-mata. Jawapan lengkap anda adalah sangat berharga. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Prof. Dr. Hasliza Abdul Halim
Universiti Sains Malaysia