BORANG PENYERTAAN - PERTANDINGAN LUKISAN KESEDARAN DENGGI 2020 (SABAH)
Untuk memudahkan pihak penganjur berhubung dengan anda mengenai maklumat atau kemajuan pertandingan ini, sila melengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti berikut.
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN
TARIKH – TARIKH PENTING:
Tarikh Mula Pertandingan: 1 Jun 2020
Tempoh Penghantaran Poster: 1 Jun – 31 Ogos 2020 (3 Bulan)
Tempoh Pengadilan: September 2020
Tarikh Pengumuman: Oktober 2020

KATEGORI:
1. SEKOLAH RENDAH - Terbuka kepada pelajar Darjah 4 hingga Darjah 6.
2. SEKOLAH MENENGAH RENDAH -Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
3. SEKOLAH MENENGAH ATAS -Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6.

TEMA POSTER:
Tema yang dipertandingkan adalah ‘Kesedaran Denggi (Dengue Awareness)’. Sila beri penerangan/mesej mengenai hasil karya dan bagaimana ia berkaitan dengan tema pertandingan ini.

KOS PENYERTAAN:
1. Setiap penyertaan adalah percuma.
2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas tuntutan bayaran pengangkutan/pos atau sebarang bayaran lain yang terlibat.

SYARAT - SYARAT HASIL KARYA:
1. Semua penyertaan haruslah berkaitan dengan tema: Kesedaran Denggi (Dengue Awareness), manakala tajuk hasil karya tertakluk kepada peserta sendiri.
2. Hasil karya/cipta hendaklah ASLI daripada peserta sendiri dan tidak pernah dihantar di mana-mana pertandingan atau pameran di peringkat tempatan ataupun antarabangsa sebelum ini.
3. Hasil karya/cipta mestilah TIDAK DILIPAT (unfolded), ataupun tidak berbingkai (framed) ataupun tidak boleh digulung dan tidak diletakkan di dalam pembekas khas (casing).
4. Penggunaan bahan and sebarang jenis kertas adalah BEBAS.
5. Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan.
6. Lukisan dan idea poster mestilah hasil karya/cipta sendiri.
7. SAIZ LUKISAN ADALAH A3 (29.7cm x 42cm). Hasil karya/cipta boleh dihasilkan secara melintang atau menegak di atas kertas tersebut.
8. Untuk Kategori Sekolah Rendah, lukisan perlu mempunyai idea berkaitan dengan nyamuk.
9. Untuk Kategori Sekolah Menengah Rendah / Atas, idea lukisan adalah bebas.

CARA PENYERTAAN:
1. Tiada had bilangan penyertaan lukisan untuk setiap sekolah.
2. Semua penyertaan mestilah mengisikan maklumat berikut dalam BORANG PENYERTAAN ATAS TALIAN (ONLINE REGISTRATION FORM)
3. Lukisan perlu diimbas (scan) dan softcopy lukisan perlu hantar ke emel dengue.awareness.um@gmail.com
4. Lukisan akan disenarai pendek (shortlisted) oleh panel penilaian. Pihak urusetia akan berhubung dengan calon yang disenarai pendek supaya menghantar lukisan ke Universiti Malaya melalui kiriman pos untuk tujuan penilaian akhir.
5. Lukisan perlu diletak di antara 2 keping card board sebelum dihantar melalui kiriman, untuk mengelakkan lukisan dilipat.
6. Lukisan yang disenarai pendek perlu dihantar ke alamat di Universiti Malaya seperti berikut:

Dr. Chen Chee Dhang
Institut Sains Biologi
Fakulti Sains
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

TARIKH TUTUP: Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan adalah 31 OGOS 2020.

PENGADILAN:
Penyertaan akan diadili oleh panel berpengalaman yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Pertandingan Lukisan Kesedaran Denggi. Kriteria pengadilan adalah berdasarkan kepada karya yang menepati tema, keaslian hasil karya/cipta, pemilihan warna, kreativiti bahantara yang digunakan serta ketinggian seni artistiknya. Keputusan hakim adalah muktamad dan segala bantahan serta surat menyurat tidak akan dilayan.

HAK MILIK KARYA/CIPTA:
1. Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hakmilik karya/cipta kepada pihak penganjur, tidak boleh menuntut atau mengenakan sebarang bayaran royalti terhadap sebarang penerbitan dan pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya tersebut dalam apa jua cara sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.
2. Pihak penganjur berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang laporan mengenai pertandingan ini dan untuk tujuan pengiklanan pada pertandingan yang sama pada masa depan.
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy