Soal Selidik Kesedaran Belia Terhadap Perubahan Iklim
Soal Selidik Kesedaran Belia terhadap Perubahan Iklim
Tajuk projek: Memupuk Keusahawanan Sosial dalam Mengurangkan Risiko Bencana bagi Membina Komuniti Berdaya Tahan (Kod projek: XX-2019-011)

Tujuan projek penyelidikan ini dijalankan adalah untuk memperkukuhkan usaha membina komuniti berdaya tahan secara jangka masa panjang di Malaysia. Kajian ini dijalankan oleh Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiave, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) dengan kerjasama Malaysian Youth Delegation (MYD) dan dibiayai oleh International Development Research Centre(IDRC). Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek penyelidikan ini kerana anda telah dikenal pasti sebagai belia yang tinggal di lokasi kajian.

PENAFIAN KAJIAN

~~~
Dengan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian kami, anda memahami bahawa:

Anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Prosedur ini melibatkan pengisian soal selidik dalam talian yang akan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Anda bersetuju bahawa maklumat peribadi anda, termasuk yang dalam format elektronik, disimpan untuk tujuan kajian ini. Semua data disimpan dalam format elektronik yang dilindungi kata laluan. Anda faham bahawa sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti anda akan dirahsiakan dan tidak ada maklumat peribadi yang akan dimasukkan dalam laporan kajian atau penerbitan lain.

Penyertaan anda dalam kajian ini adalah secara sukarela. Anda boleh memilih untuk tidak mengambil bahagian. Sekiranya anda memutuskan untuk menyertai soal selidik ini, anda boleh menarik diri pada bila-bila masa. Sekiranya anda memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam kajian ini atau jika anda berhenti daripada mengambil bahagian pada bila-bila masa, anda tidak akan dikenakan denda.

Anda faham bahawa walaupun anda menarik diri dari kajian ini, data yang dikumpulkan daripada anda akan digunakan untuk tujuan analisis hasil kajian kecuali anda secara khusus menarik balik persetujuan untuk perkara ini.

Hasil kajian ini akan digunakan untuk tujuan ilmiah sahaja. Data yang dikumpulkan semasa kajian ini adalah sumber yang berharga untuk penyelidikan masa depan. Oleh itu, anda bersetuju agar data yang anda berikan dapat diarkibkan, dan bahawa penyelidik lain di Universiti Kebangsaan Malaysia akan memiliki akses data ini hanya jika mereka bersetuju untuk menjaga kerahsiaan maklumat seperti yang diminta dalam borang ini. Data anda mungkin digunakan dalam analisis untuk menjawab pertanyaan penyelidikan masa depan.
~~~

Kami sangat berbesar hati dan menghargai masa anda serta usaha yang diperuntukkan dalam membantu kami mengisi soal selidik kajian ini. Sekiranya anda mempunya sebarang soalan mengenai kajian ini, sila hubungi wakil projek, Dr. Sharina Abdul Halim (e-mel: sharinahalim@ukm.edu.my) atau En. Bryan Yong (e-mel: bryanyong@live.com.my).

Terima kasih di atas sokongan anda.


Saya telah membaca dan memahami penafian kajian. *
Persetujuan elektronik. Sila pilih satu pilihan di bawah. Sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam kajian ini, sila nyatakan dengan mengklik butang "Setuju". Sekiranya anda tidak ingin mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan, sila nyatakan dengan mengklik butang "Tidak Setuju". *
Kesetujuan untuk mengambil bahagian dalam kajian ini menunjukkan bahawa anda telah membaca dan memahami penafian di atas. Ketidaksetujuan untuk mengambil bahagian dalam kajian ini akan segera menamatkan soal selidik tinjauan.
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy