TINJAUAN PELAKSANAAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA SECARA DALAM TALIAN DALAM KALANGAN IBU BAPA DI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Seperti tuan/puan sedia maklum, penularan pandemik Covid-19 telah membawa perubahan dalam arus pendidikan di Malaysia khususnya pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa terdapat permintaan dan keperluan untuk mewujudkan institusi pendidikan secara dalam talian sepenuhnya.

Sehubungan itu, KPM ingin melaksanakan Tinjauan Pelaksanaan Institusi Pendidikan Swasta Dalam Talian terhadap ibu bapa/ penjaga yang menghantar anak/ jagaan ke institusi pendidikan swasta (IPS).

Institusi Pendidikan Swasta Dalam Talian merujuk kepada mana-mana institusi yang melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal dalam talian sepenuhnya dan merangkumi pendidikan peringkat prasekolah, rendah, menengah atau lepas menengah.

Borang ini perlu diisi oleh ibu bapa/ penjaga yang menghantar anak/ jagaan ke institusi pendidikan swasta (IPS).

Untuk makluman tuan/puan, maklumat ini adalah terhad untuk pihak tuan/puan sahaja. Pihak tuan/puan adalah diingatkan untuk tidak berkongsi maklumat ini dalam apa-apa medium dan bentuk kepada pihak lain.

Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,


Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia

bps@moe.gov.my
Email address *
Saya berjanji akan mematuhi syarat bagi memastikan kandungan tinjauan ini adalah terhad bagi kegunaan saya sahaja. Saya memahami bahawa kerahsiaan maklumat mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan mengelakkan penularan yang akan menjejaskan pelaksanaan perancangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. *
Required
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy