Permohonan ini hanya dibuka kepada kakitangan UKM dan bagi Acara/Program Rasmi Universiti yang TIDAK BERBAYAR Sahaja .
Bagi permohonan acara/program PTJ/Fakulti, kelulusan adalah dengan melihat kepada ketersediaan peralatan dan petugas pada tarikh tersebut. Bagi acara/program yang dijalankan diluar waktu kerja, arahan kerja kepada petugas PTM perlu dibuat oleh PTJ masing-masing dengan mengambil kira tempoh 2 jam sebelum acara (persediaan dan pemasangan peralatan), semasa acara dan selepas acara (mengemas dan menyimpan peralatan). Permohonan peruntukan boleh dimohon kepada Jabatan Bendahari UKM melalui tabung PTJ masing-masing.
Bagi permohonan acara/program berbayar, sebut harga akan dikeluarkan dan kelulusan bergantung kepada persetujuan dengan sebutharga yang diberikan.
Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh acara/program.
Senarai perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Liputan acara secara langsung / MCP;
- Penstriman langsung ke platform media sosial (Facebook dan YouTube);
- Teknikal ICT: tetapan rangkaian dan sistem pendaftaran kehadiran;
- Permohonan pautan Zoom;