Pencarian Sukarelawan Kembara IPT Kenyalang (KIK) -siri 1

Program Kembara IPT Kenyalang (KIK) merupakan hasil usaha Gabungan Pemimpin Mahasiswa IPT Samarahan (GAPMIS) yang terdiri daripada MPP UNIMAS, MPP UITM dan JPP IPG KTAR. Program dijadualkan akan berlangsung pada 24 Jun- 30 Jun 2013. Program ini diletakkan sebagai satu Karnival Kesukarelawan yang mana mahasiswa/i IPT di Samarahan akan turun berbakti untuk masyarakat setempat di Bahagian Samarahan seperti Simunjan, Serian, Asajaya dan Kota Samarahan. Program ini menekankan aspek 5+1 untuk menabur bakti kepada masyarakat sekeliling antaranya (Akademik, Kemahiran Insaniah, Sahsiah, Sukan dan Kebudayaan) + (Karnival Kesukarelawan dan Kerjaya). Ada diantara pengisiannya akan dilakukan di sekolah dan juga di kampung. Peserta dari UNIMAS dibuka seramai 250 orang, UITM seramai 150 dan IPG seramai 50 orang. Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 24 Mei 2013 dan perjumpaan seterusnya akan dilangsungkan pada 25 Mei 2013 ( 2.30 petang) di Dewan Delima, BHEP UNIMAS.

"Gempur komuniti"

~Ayuh mahasiswa/i Samarahan, kita turun berbakti~

    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question