TINJAUAN TAHAP PENERIMAAN AGENSI KERAJAAN TERHADAP PELAKSANAAN GAMMA SEBAGAI ENTERPRISE APP STORE
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,


Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri sedang melaksanakan tinjauan tahap penerimaan agensi kerajaan terhadap pelaksanaan GAMMA sebagai Enterprise App Store. Tinjauan ini bertujuan untuk :

1. Menilai ketersediaan dan perancangan Agensi Kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan melalui saluran aplikasi mudah alih
2. Menilai kefahaman agensi terhadap proses pengedaran app (App Distribution) yang dilaksanakan oleh GAMMA
3. Mendapatkan maklum balas/pandangan Agensi mengenai pelaksanaan GAMMA Store

Soal selidik ini mengandungi 25 soalan dan akan mengambil masa selama 10 minit untuk dilengkapkan. Setiap maklum balas yang diberikan adalah penting untuk membantu pihak kami membuat perancangan dimasa hadapan dan juga untuk turut memantau status pelaksanaan Apps di agensi YBhg. Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan. Kajian ini akan ditutup pada 30 September 2021.

Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan soal selidik ini bolehlah hubungi pegawai seperti di bawah:

(i) Puan Adawiyah binti Md Ashar
E-mel : adawiyah@mampu.gov.my
No. Tel. : 03-8892 7494

(ii) Encik Mohd Nazmir bin Abdul Munir
E-mel : nazmir@mampu.gov.my
No. Tel. : 03-8872 6297


SEKIAN, TERIMA KASIH.
supports-gamma@mampu.gov.my
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy