K-Youth Development Programme 2026 -  Borang Permohonan

TENTANG PROGRAM:
 
K-Youth ialah inisiatif kebolehpasaran belia oleh Khazanah Nasional Berhad yang bertujuan membangunkan bakat masa depan Malaysia. Program ini dirangka untuk melengkapkan golongan belia dengan kemahiran yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan yang semakin berkembang dan kian berubah.

K-Youth mencerminkan komitmen kami dalam memupuk inovasi, kreativiti dan keusahawanan, selaras dengan strategi jangka panjang Memajukan Malaysia serta aspirasi Malaysia MADANI, sekali gus menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan ekonomi negara.

RAKAN PROGRAM: 
Efficient Frontier Consulting (EFC)

Peserta program akan menjalani perkara-perkara berikut:
  • Latihan teknikal bersama Learning and Training Institutions (LTI);
  • Latihan Kemahiran Insaniah (soft skills) bersama Efficient Frontier Consulting atau LTI; dan
  • On-Job-Training (OJT) di Syarikat Penempatan yang terpilih 
Peserta akan menerima gaji bulanan sehingga maksimum RM2,300 sepanjang tempoh program (amaun gaji bergantung kepada tahap pendidikan tertinggi masing-masing). Caruman wajib seperti KWSP, SOCSO, dan EIS juga akan disediakan.

*Efficient Frontier berhak untuk mengubah terma dan syarat di atas pada bila-bila masa sahaja.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
SYARAT KELAYAKAN
Borang permohonan ini adalah untuk program berikut.

INDUSTRI: SEMICONDUCTOR
Sila semak kelayakan khusus program pada poster di bawah.
  • UiTM Semiconductor Talent Development Programme (STDP)

SYARAT KELAYAKAN AM:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berusia 17 tahun sehingga 30 tahun pada atau sebelum 31 Disember 2026;
  3. SPM/SPMV/SKM atau lepasan universiti/kolej dengan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf;
  4. Tidak mempunyai pekerjaan;
  5. Tidak pernah menyertai program seumpama K-Youth Development Programme (Contohnya: Protégé dan MySTEP);
  6. Mempunyai minat yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dalam industri yang berkaitan; dan
  7. Memenuhi syarat kelayakan khusus yang ditetapkan untuk setiap program latihan teknikal yang ditawarkan. 
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan program, sila layari laman web kami di sini [ K-Youth 2026 ]

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI: 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengurus Program, Efficient Frontier Consulting di:
  • Nombor telefon: +603 8080 8646 (Isnin-Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • E-mel: kyouth.efc@gmail.com

Saya telah membaca, memahami, dan menerima penyataan dan terma dalam Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di [PDPA]
*
Required
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
  1. Sila pastikan anda telah membaca dan menerima Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sebelum mengisi Borang Permohonan ini. 
  2. Sila isikan borang ini dengan maklumat lengkap dan sediakan semua dokumen yang diperlukan. Permohonan yang mengandungi maklumat yang tidak lengkap dan/atau dokumen yang tidak lengkap akan ditolak secara automatik.
  3. Rakan Program berhak untuk menolak permohonan secara automatik jika calon didapati memberikan maklumat palsu atau dokumen palsu.
  4. Sila maklum bahawa anda dibenarkan untuk menghantar SATU permohonan sahaja. Penghantaran lebih dari satu permohonan akan mengakibatkan semua permohonan anda ditolak. 
  5. Jika mana-mana soalan di dalam borang ini tidak berkaitan dengan anda, sila nyatakan jawapan anda sebagai "Tidak Berkaitan".
  6. Sila sediakan dokumen-dokumen berikut kerana anda dikehendaki menghantar semua dokumen--dokumen ini melalui emel kepada kyouth.efc.semiconapp@gmail.com , untuk tujuan pemprosesan kami:
  • Resume terkini
  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang di dalam satu muka surat)
  • Sijil SPM/SKM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Sijil yang setaraf
  • Transkrip SPM/SKM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Sijil yang setaraf
Untuk sijil dan transkrip, sila hantar dokumen bagi kelayakan pendidikan tertinggi anda sahaja.

HANYA CALON-CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIHUBUNGI. Rakan Program berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan yang dianggap sesuai/tidak sesuai untuk program ini, tanpa mendedahkan sebab-sebab untuk keputusannya.

Keputusan yang dibuat oleh Rakan Program berkenaan dengan permohonan anda adalah MUKTAMAD.


Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service - Privacy Policy

Does this form look suspicious? Report