KAJI SELIDIK MAKLUMBALAS BAGI PELAN PEMBANGUNAN MAMPAN NEGERI JOHOR (PPMJ) 2030
Kerajaan Negeri Johor melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor sedang dalam proses penyediaan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2030.

Pelan ini disediakan sebagai dokumen rujukan Kerajaan Negeri Johor di dalam merangka hala tuju dan strategi pembangunan negeri Johor di dalam mencapai visi ke arah Negeri Berprestasi Tinggi dan Bangsa Johor Bestari.

Lapan (8) Teras Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2030 :-

1. Pemerkasaan Ekonomi
2. Kesejahteraan Sosial
3. Tadbir Urus Cekap, Berintegriti Dan Demokratik
4. Kelestarian Alam Sekitar
5. Pengangkutan Dan Infrastruktur Mega
6. Memperkasa Pelaburan Dan Ekonomi Digital
7. Memperkasa Sistem Pendidikan Islam, Modal Insan Dan Warisan Budaya
8. Persona Wanita Dan Aspirasi Idealis Anak Muda

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Johor amat menghargai pandangan dan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan termasuk rakyat di dalam usaha penyediaan dokumen ini.
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy