Perkhidmatan Pinjaman Kerusi Roda merupakan satu inisiatif HoSZA dalam membantu pelanggan/pesakit yang sedang menerima rawatan dan memerlukan perkhidmatan Pinjaman Kerusi Roda SECARA SEMENTARA ATAU HARIAN.
Permohonan boleh dilakukan di Kaunter Khidmat Pelanggan, Lobi Utama HoSZA.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TATACARA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KERUSI RODA:
- Kerusi roda hanya dibenarkan untuk kegunaan di dalam kawasan HPUniSZA. Pelanggan/pesakit TIDAK DIBENARKAN untuk membawa pulang atau membawa keluar kerusi roda dari kawasan HoSZA.
- Pelanggan/pesakit perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri pada petugas kaunter untuk meminjam kerusi roda.
- Waris atau penjaga perlu bertanggungjawab ke atas pelanggan/pesakit sekiranya
berlaku kemalangan semasa menggunakan kerusi roda.
- Pelanggan/pesakit yang datang tanpa ditemani oleh waris atau penjaga akan dibantu oleh kakitangan (Kaunter Khidmat Pelanggan) Lobi Utama, HoSZA untuk dibawa ke klinik pakar/wad atau Pusat Jagaan Harian.
- Pelanggan/pesakit dikehendaki memulangkan semula di Kaunter Khidmat Pelanggan sebelum jam 4.30petang.
- Sekiranya pelanggan/pesakit tidak dapat memulangkan sebelum jam 4.30petang, sila maklumkan kepada kepada kakitangan Kaunter Khidmat Pelanggan dengan kadar segara di talian 09-665 5555.