KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 2018
Para pelanggan yang dihormati,

Perbadanan Labuan (PL) sedang berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan. Soal selidik ini adalah untuk mendapat maklum balas dan persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami berikan.

Fungsi dan peranan PL mengikut Seksyen 4, Akta 609 - Akta Pebadanan Labuan 2001 adalah seperti berikut :

(a) Memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan;

(b) Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(c) Memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan dan sukan dan aktivit-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(d) Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(e) Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(f) Melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan Wilayah Persekutuan Labuan;

(g) Mengawal dan menyeleraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan

(h) Menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Perbadanan Labuan. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms