BORANG PENCADANG SKIM INSENTIF SESI 2 2019/2020
Borang ini merupakan Borang Skim Insentif bagi pencadang yang mencadangkan calon pelajar baru KUIM.
.
Pencadang WAJIB untuk mengisi semua bahagian.
.
Bagi Staf, pelajar dan alumni KUIM sila masukkan No Staf atau No Matrik anda sebagai kod pencadang.
.
Bagi Guru Kaunseling Sekolah sila masukkan No Pendaftaran Sekolah sebagai kod pencadang.
.
Orang awam tidak termasuk di dalam Skim kali ini.
.
Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah BENAR.
.
Hanya yang mempunyai kod pencadang sahaja dibenarkan membuat tuntutan bayaran.
.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Pemasaran dan Antarabangsa KUIM di talian 06 - 387 8458

Email address *
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Satu salinan borang permohonan pelajar baru atas talian yang dicadangkan.
2. Satu salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Keputusan SPM, STPM, STAM, DIPLOMA & MATRIKULASI pelajar.

Borang pencadang ini hendaklah dicetak (print) dilampirkan bersama dengan dokumen yang diperlukan seperti di atas dan WAJIB diemelkan kepada skiminsentif@kuim.edu.my ATAU serahan tangan ATAU poskan ke Unit Pemasaran dan Promosi (KUIM).

SYARAT PENCADANG BAGI PROGRAM SKIM INSENTIF
i. Pencadang mestilah terdiri dari Staff KUIM/Pelajar KUIM (Aktif)/Alumni KUIM dan Guru Kaunselor Sekolah sahaja.
ii. Orang Awam, Penyelaras Promosi, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Unit IT dan Unit Pemasaran adalah dikecualikan dari menyertai skim ini.
iii. Pelajar baru yang dicadangkan oleh pencadang mestilah dari hasil usaha pencadang itu sendiri dalam memperkenalkan KUIM kepada pelajar. Alumni KUIM tidak termasuk sebagai pelajar baru yang dicadangkan oleh pencadang.
iv. KUIM tidak akan memberi TUNAI kepada pihak ketiga atau wakil pencadang.
v. Pencadang perlu menghantar atau mengisi borang permohonan skim insentif sebelum pelajar yang dicadangkan mendaftar sebagai pelajar KUIM. Permohonan yang diterima selepas pelajar mendaftar akan ditolak.
vi. Pelajar yang dicadangkan oleh pencadang perlu mengisi permohonan secara online di www.kuim.edu.my terlebih dahulu.
vii. Pihak KUIM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang dikeluarkan oleh pencadang dalam proses mencari pelajar baru.
viii. Pembayaran insentif akan dibayar kepada pencadang setelah pelajar yang mereka cadangkan masuk belajar di KUIM selepas tiga (3) bulan sesi pengajian berlangsung.
ix. Skim ini terbatal apabila pelajar baru yang dicadangkan oleh pencadang menarik diri dari pengajian kurang dari tiga (3) bulan.
x. Pembayaran insentif akan dibayar melalui akaun pencadang dan akaun sekolah bagi guru kaunselor.
xi. Unit yang bertanggungjawab memastikan kesahihan pendaftaran pelajar baru yang dibawa oleh pencadang adalah Unit Pemasaran dan Antarabangsa dan Unit Kemasukan Pelajar.
xii. Tuntutan yang tidak memenuhi syarat atau lewat tidak akan dibayar.
xiii. Tertakluk kepada kemasukan Sesi 2 2019/2020 sahaja.
xiv. Tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan.

Next
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Kolej Universiti Islam Melaka. Report Abuse