Sekolah Aktivisme SUARAM (SAS) Tingkatan 2
SAS merupakan pendidikan sivik alternatif bertujuan melahirkan lapisan baru aktivis muda yang mengangkat keadilan sosial daripada perspektif hak asasi manusia. SAS Tingkatan 2 akan memberikan fokus kepada kelas latihan intensif kepada peserta sebagai persediaan sebelum menjalankan latihan lapangan.
Modul yang disediakan:
1. Pemetaan Organisasi Anak Muda di Malaysia
2. Penulisan, Kebebasan Informasi & Berekspresi
3. Medium Aktivisme Baru
4. Penganjuran Acara & Pengumpulan Dana
5. Pendokumentasian Pelanggaran Hak Asasi Manusia
Butiran Program:
Tarikh : 12-14 Ogos 2022
Tempat : Akan dimaklumkan
Syarat Penyertaan:
- Berumur 18-35 tahun
- Boleh menyertai program ini sepanjang tiga hari
Pendaftaran Peserta:
- Anda perlu mengisi Borang Penyertaan ini.
- Yuran komitmen sebanyak RM 50 akan dikenakan dan akan dipulangkan selepas tamat program.
- Penginapan, makanan dan segala kelengkapan akan disediakan oleh pihak SUARAM.
- Peserta pernah menyertai Sekolah Aktivisme SUARAM Tingkatan 1 atau mempunyai pengetahuan asas tentang Hak Asasi Manusia