BORANG PENDAFTARAN PENYERTAAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI 2022
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2022
Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2022 merupakan Anugerah yang akan dipertandingkan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua PTJ di UPM dan keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada sambutan HKIP 2022.
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 15 Julai 2022 (Jumaat)
Penjurian akan dilaksanakan pada 12-15 September 2022
HADIAH-HADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
RM1000.00 Pemenang Setiap Kumpulan
1. Kumpula A - Fakulti / Sekolah
2. Kumpula B - Institut
3. Kumpula C - Pusat
4. Kumpula D - Pentadbiran
5. Kumpula E - Perkhidmatan / Kolej
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN, KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2022
1. Terbuka kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Putra Malaysia.
2. Sudut bacaan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dapat merangsang minat membaca.
3. Sudut bacaan hendaklah dibangunkan di mana-mana sudut atau ruang pejabat/kolej.
4. Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan untuk membangunkan sudut bacaan.
5. Peserta/PTJ dibenarkan atau bebas menggunakan perabot/peralatan/bahan baharu atau terpakai.
7. Pusat Sumber di PTJ tidak dikategorikan sebagai sudut bacaan dalam pertandingan ini.