Covid-19 Screening
Info Saringan:

1. Kaedah: 'Real-Time PCR'
2. Jenis Persampelan: Nasopharyngeal Swab & Oropharyngeal Swab
3. Makmal yang menjalankan ujian ini adalah makmal yang tersenarai sebagai fasiliti kesihatan swasta yang terpilih seperti yang tertera di dalam 'GUIDELINES COVID-19 MANAGEMENT IN MALAYSIA 05/2020 (Edisi Kelima) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
4. Bagi keputusan ujian yang 'NON DETECTED', pihak hospital akan memaklumkan pendaftar melalui email dan pengesahan melalui telefon
5. Bagi keputusan yang 'DETECTED', pihak Hospital akan membuat notifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Pegawai Perubatan hospital akan menghubungi pesakit untuk memaklumkan perkara ini.

Syarat-syarat saringan :

1. Mesti berusia 16 TAHUN ke atas.
2. Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses saringan, anda dinasihatkan untuk mengisi borang permohonan saringan secara atas talian.
3. Bagi permohonan atas talian yang berjaya, pihak hospital akan menghubungi tuan/puan untuk tujuan pembayaran dan pengesahan tempahan slot.
4. Untuk proses saringan yang lebih cepat, pemohon dinasihatkan untuk membuat PEMBAYARAN PENUH secara atas talian dan mengemukakan slip bayaran tersebut kepada pihak Hospital Pakar An-Nur dalam tempoh yang ditetapkan. Pemohon juga diberi pilihan untuk membuat bayaran melalui kad kredit atau GL (bergantung kepada kelulusan) pada hari kejadian.
5. Pemohon perlu hadir ke tempat saringan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan wang pembayaran anda tidak dikembalikan.
6. Pihak hospital berhak mengubah masa, tarikh dan terma yang telah ditetapkan bergantung kepada keadaan dari masa ke masa. Jika ada, pihak hospital akan memaklumkan anda untuk perubahan yang dibuat.
7. Keputusan ujian akan diberikan melalui telefon dan email dalam tempoh 24-48 jam.
8. Pemohon/ pemandu WAJIB memakai 'face mask' untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Jazakumullah.
Email address *
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy