PENDAFTARAN PERTANDINGAN VIDEO "5 minute Science"
Bersempena dengan penganjuran Minggu Sains Negara peringkat Negeri Perak, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mencari pelajar yang berminat untuk berkongsi pandangan mereka berkenaan isu sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim.

Penyertaan Terbuka
• Hanya satu kategori penyertaan dibuka bagi pertandingan ini
• Persembahan secara solo atau berkumpulan tidak melebihi tiga (3) ahli kumpulan
• Pelajar sekolah menengah berusia di antara 13 hingga 17 dari sekolah di Negeri Perak Darul Ridzwan

Video perlu memenuhi kriteria berikut:

• Video boleh dipersembahkan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
• Persembahan video oleh peserta dan ahli kumpulan berdurasi tidak lebih daripada 5 minit
• Penggunaan alat elektronik, perisian komputer termasuk rakaman audio tidak dibenarkan
• Video tidak boleh disunting atau dimasukkan sebarang kesan khas (special effects)
• Tiada penambahan pelakon atau alat tambahan semasa persembahan akhir
• Tiada muzik latarbelakang dalam rakaman mahupun persembahan

Tiada yuran penyertaan dikenakan.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 10 OGOS 2019

Peserta akhir akan dipilih melalui video yang dihantar atas talian untuk dipersembahkan secara terus di hadapan juri dan penonton lain pada

Tarikh : 25 Ogos 2019
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ground Floor AEON Ipoh Station 18, Ipoh, Perak

5 Minutes Science
Kategori/Category *
Next
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service